🍪nE

47 7 0
                                    

Aku membelek-belek majalah yang aku bawa pulang dari rumah. Ruangan fesyen menjadi pilihan utama.

'Eh, gaun musim luruh lagi?' 

Aku belek semula kulit majalah itu. Jariku telunjukku ditala ke bahagian bawah tempat penulisan keluaran majalah. Oktober. Aku mengeluh kecil apabila teringatkan kekalutan sendiri sehingga tersilap ambil majalah ketika bersiap ke kedai tadi. Nampaknya balik nantilah baru boleh baca majalah keluaran baru bulan November tersebut.

Akhirnya, aku mengambil keputusan untuk duduk termenung di kaunter alang-alang pelanggan pun tidak ramai. Aku menongkat dagu sambil mata melilau melihat kawasan luar sekeliling kedai. Kedai runcit pemberian arwah datuk untuk mak walaupun mak sudah ada syarikat perusahaannya sendiri.

Hasilnya, aku pula yang ditugaskan jaga kedai. Maklumlah, timba pengalaman sambil belajar bak kata emak. 

Ting!

Jam di dinding aku renung sekilas. Tepat 11 malam. 

Seorang lelaki datang menunduk masuk ke dalam kedai serentak loceng di pintu masuk berbunyi. Langkah kakinya yang tidak jadi menuju ke arah peti sejuk beralih ke arah aku.

"Cik, sini ada jual tak heat patch? "

Wajahku dibelek sebelum aku perasan yang pelanggan di hadapan aku ini asyik menjeling rak di bahagian belakang kaunter walaupun wajahnya sedikit tersembunyi di sebalik topeng muka dan hoodie  yang dipakai.

"Ah, sekejap ya. "

Kabinet kecil di belakang kaunter diselongkar. Cari punya cari pun tetap tidak ada. Aku tepuk dahi. 

"Maaf encik, kami sudah kehabisan stok." Kataku dengan muka bersalah.

Pelanggan yang sedari tadi berdiri memerhatikan aku mendengus perlahan dan terus keluar tanpa mengucapkan sepatah kata.

'Lah, sekurang-kurangnya ucaplah terima kasih. Karma terlanggar dinding ke, terjatuh longkang ke baru tau.'

Terkekek-kekek aku ketawa dengan monolog sendiri.

Apa-apalah, janji aku gembira.

Aku menguap sebelum aku mengambil keputusan untuk mengemas sebelum kedai ditutup memandangkan sudah larut malam.

...

Suasana kelas yang bising dengan suara pelajar-pelajar kelas A benar benar memekikkan telinga. Sebaik sahaja Enania melangkah masuk, seisi kelas terus menjadi senyap. Seolah-olah malaikat maut datang untuk mencabut nyawa.

Enania yang sudah biasa dengan keadaan seperti itu hanya mengambil tempat duduknya di belakang sekali . Tempat duduk bersebelahan tingkap. Matanya diarah ke luar tingkap. Seluruh kelas kembali bising.

Malas dipanjangkan cerita, rata-rata pelajar tidak berani mendekatinya. Bimbang ditimpa nasib malang. Sehinggakan staf dan guru-guru pun sentiasa menjaga tutur kata supaya dia tidak terasa. Walaupun begitu, Enania bukanlah jenis yang mengambil kesempatan.

Ayre seorang sahaja yang melayannya seperti biasa.

Bosan memandang ke arah luar tingkap, Enania yang lebih mesra dengan panggilan Nia mengalih pandangannya ke arah penghuni tempat duduk sebelah.

Matanya tertutup rapat. Hanya dengkuran halus sahaja kedengaran.

'Asyik tidur je.. ' Nia mengomel dalam hati.

Putih melepak mengalahkan salji, itu dia insan bernama Ayre. Hobi, tidur. Hanya dia yang berani mendekati Nia. Walaupun asyik tidur, sekurang-kurangnya Nia tidaklah berasa terlalu sunyi.

"Ayreeee bangun la."

Tiada respon.

Kali ini gadis itu menggoncangkan meja Ayre dengan lebih kuat.

"BANGUNNNN."

Ayre bangun terpisat-pisat sambil tangannya galak menenyeh mata. 

"Kau nak apa, Nia?"

"Tu Puan Marie dah jeling kau dari tadi sebab tak bangun."

"APA??"

Automatik rakannya itu bangun dari kerusi dan berdiri tegak memandang ke hadapan.

"MAAF PUAN!"

Ayre mendengus perlahan apabila hanya wajah-wajah pelajar lain sahaja yang menyapanya ketika dia bersuara kuat. 

Baru hendak memarahi Nia, Ayre tiba-tiba bersuara apabila dia teringatkan sesuatu.

"Tahu tak, budak baru tu tak jadi masuk hari ni."

"Oh ya? " Ayre dan Nia masing-masing meletakkan kepala di atas meja.

"Baguslah, tak la bertambah orang yang pandang aku pelik dalam kelas. "

"Tu satu. Tapi yang peliknya, kau tahu tak kenapa? "

"Entah."

Acuh tak acuh saja Nia menjawab.

"Aku dengar dia ambil cuti sakit."

"Kenapa?"

Ayre hanya mengangkat bahunya tanda tidak tahu .


RasaWhere stories live. Discover now