tHR££

37 7 3
                                    

Seorang wanita dalam lingkungan 40-an melirik ke arah cincin platinum bertatahkan berlian yang berukir corak bunga teratai. Bibirnya laju mengukir senyum. Pengawal peribadi yang berkot hitam setia berdiri di sisi dengan cermin mata hitam di wajah.

"Yang ini. "

Jari telunjuk ditala ke arah cincin yang tersusun dalam rak kaca bersama barang kemas mewah yang lain. Lantas sekeping kad hitam dikeluarkan dan dihulur sebaik sahaja pekerja kedai tersebut menyerahkan beg kertas kecil berisi sebentuk cincin.

Satu persatu langkah diatur keluar dari kedai tersebut.

Langkah wanita itu terhenti apabila dia teringatkan sesuatu.

" Ai La,kumpulkan semua orang di rumah. "

"Baik puan. "

...

"Kau tak bagitau aku pun yang dia tu sepupu kau???"

Mata Nia sesekali merenung ke arah figura tubuh Ievis yang sedang berbual dengan seseorang di telefon. Ievis yang sedang berbicara di luar bahagian kafe kelihatan serius seperti membincangkan sesuatu yang penting.

"Maaflah. Tak sempat cerita-"

"Kak Ayre, Ievis balik dulu. Urgent. "

Belum sempat Ayre menjelaskan sesuatu kepada kawan baiknya itu, Ievis yang entah muncul dari mana memintas percakapannya. Dia sekadar mengangguk. Nia pula hanya diam tidak berkata-kata. Kelibat sepupu Ayre itu terus hilang sebaik sahaja dia bergegas keluar dari kafe itu.

"Eh, aku balik dululah. Dah lewat ni. Ruger tak makan lagi. "

Kucing peliharaannya dia juga yang dikisahkan.

"Baliklah."

"Nak aku teman kau balik tak? "

Nia menggeleng. "Aku nak singgah tempat lain dulu. "

...

Nia POV

Aku berjalan sambil menyepak batuan kecil di sepanjang jalan. Tak tahu nak ke mana. Kalau balik ke rumah pun, bukannya ada orang nak sambut.

"Aduh! "

Aku terkejut apabila batu yang ditendang itu tidak sengaja terkena pada kepala seseorang. Macam mana boleh tertendang kuat pula ni?

"Er.. Eh, m-maaf! "

Tergagap-gagap aku meminta maaf. Bimbang dimarahi.

Lelaki tadi masih menggosok-gosok belakang kepalanya yang terkena batu tadi.

"Tak apa. "

Aku terdiam. Suara ni..Ievis? Macam mana aku boleh tak perasan dia dari belakang? Walhal baru sahaja berjumpa tadi .

"Nia? "

Pandangan Ievis beralih ke arahku. Mukanya kelihatan cukup tegang.

"Oh, kau rupanya. "

Kami diam selama beberapa saat. Kalau Ayre ada, taklah kekok sangat.

"Aku nak tumpang tidur rumah kau boleh?"

Pertanyaan jejaka berambut hitam lebat di hadapanku memecahkan kesunyian. Mulutku terlopong. Biar betul? Rumah aku mana ada orang lain selain aku.

"Tak boleh. " Sepatah aku menjawab.

"Aku sanggup tidur dekat ruang luar rumah."

"Tak boleh." Tegas aku membalas kata-kata Ievis.

Keluhan kecil yang keluar daripada suara Ievis perlahan namun masih boleh didengariku. Aku terdiam seketika.

"Kenapa tak tumpang rumah Ayre? Diakan sepupu kau."

Ievis pula diam seketika sebelum membalas," Malu. Aku dah banyak kali tumpang rumah dia."

"Kalau macam tu, mungkin aku boleh tolong."

"Betul??"

"Tapi dengan satu syarat."

"Apa-apa saja. Aku sanggup!"

"Jangan merungut."

Laju Ievis mengangguk tanpa berfikir.


RasaWhere stories live. Discover now