Bab 7

88 9 0
                                    

  "Kita kat mana ni?" Soal Liyana setelah tersedar dari lena. Yang lain masih lagi lena diulit mimpi. Dia melihat Khai yang memandu kereta. Dah berubah tempat dengan Haziq kot. Haziq juga lena dibuai mimpi.

  "Kita dah nak sampai dh ni." Balas Khai yang masih lagi fokus dengan pemanduannya.

  "Ouhh.. erm.. kau tak ngantuk ke?" Soal Liyana lagi.

  "Ermm.. ngantuk la jugak." Balas Khai ringkas. Keadaan menjadi sunyi.

  "Kau okey?" Soal Khai pula.

  "Okey?? Maksud kau?" Soal Liyana hairan.

  "Yup okey.. okey ke dengan keadaan ni? Aku tau mesti kau terkejutkan.. tiba tiba je benda ni jadi." Terang Khai.

  "Ermm... terkejut tu terkejut jugak.. tapi nak buat macam mana.. benda dah jadi.." balas Liyana

  "Errr.. aku yakin family kau okey" kata Khai. Liyana terdiam seketika.

  "Mana kau tau family aku okey?" Soal Liyana.. Air matanya mula mengalir.

  "Aku yakin. Kau pun kene yakin. Bukan family kau sorang je. Family kita semua dalam bahaya. Jadi kau kene la kuat. Kita usaha cari jugak antidot tu. Okey?" Pujuk Khai. Sedaya upaya cuba untuk memberikan semangat kepada Liyana. Liyana masih membisu. Tidak tahu apa lagi yg harus dia katakan.

   Persaannya bercampur sedih,marah,kecewa,takut semua ade. Sedaya upaya dia cuba menahan air matanya daripada terus mengalir.

  "Kau tidur la. Nanti dah sampai aku kejut. Lagi 30 minit kita smpai." Kata Khai. Dia tidak mahu Liyana terlalu memikirkan tentang keluarganya.

        .__________________.

   Kereta honda itu diparking ke dalam kawasan rumah. Pagar cepat cepat di tutup kembali.

  "Assalamualaikum, nek." Kata Khai apabila neneknya membuka pintu. Mereka terus bersalaman dengan nenek Khai.

  "Nek, ni kawan kawan Khai. Ni Liyana, Iqa, Arina, Izati dan last ni Haziq.

  "Ouhh. Semua mesti laparkan? Mari masuk. Kita makan sekali." Pelawa nenek itu.

  "Nek, kawasan Johor masih selamat eh?" Soal Haziq.

  "Haah. Alhamdulillah masih lagi dalam keadaan okey. Jangan risau. Kalau virus itu merebak, kawasan ni berkemungkinan menjadi pusat perlindungan. Insya Allah tak ada ape ape akan berlaku." Jelas nenek panjang lebar.

  "Harapnya macam tu la, nek. Nek sihat?? Lama Khai tak datang melawat nenek." Soal Khai.

  "Sihat Alhamdulillah. Tu la. Lama jugak nenek tunggu. Bila la cucu nenek ni nak balik sini" balas nenek.

  "Nak buat macam mana nek. Mama dengan papa buzy. Kalau ikutkan hati nak je Khai balik sini tiap tiap minggu. Tapi tu la. Mama dengan papa tu tak bagi Khai datang sini sorang sorang." Terang Khai.

  "Tak apa la Khai. Nenek faham. Family kamu kat Ipoh macam mana? Diorang selamat?" Soal nenek pula. Khai terdiam seketika.

  "Tak tahu nak,nek. Dengar cerita diorang dah pindah ke pusat perlindungan kat perak. Insya Allah diorang selamat." Balas Khai. Senyuman manis terukir di bibir milik Khai.

- Tabahnya dia. Sedangkan dia tahu kawasan pusat perlindungan dekat Perak dah dijangkiti virus tu jugak~ bisik hati Liyana.

  "Okey la. Kamu semua makan la ye.. Khai, nanti tunjukkan bilik diorang ye. Kamu semua rehatlah.. sian nenek tengok kamu semua penat." Kata nenek sambil berjalan masuk ke biliknya.

  "Makan la. Nanti aku tunjuk bilik korang." Kata Khai.

     ._________________.

  "Kak, saya takut la." Kata Liyana.

  "Sabar la. Kita kene tempuh jugak benda ni. Sikit lagi.  Kalau kita dpt antidot tu.. Insya Allah keadaan akan kembali okey." Kata Iqa.

  "Macam mana kita nk dapatkan antidot tu?" Soal Izati.

  "Mak aku doktor. Senang cite, mak aku tahu macam mana nak buat antidot ni. Dia cakap, dalam darah orang yang dijangkiti virus ni.. darah merah diorang diselaputi serbuk putih.. dan ada satu pil yang kita kene cmpurkan dengan asid dan akan hasilkan antidot.." Jelas Iqa panjang lebar.

  "Kau tau ke pil tu?" Soal Arina pula.

  "Ye aku tau. Tapi pil tu agak susah nak dapat. Harap harap hospital berdekatan ade la pil tu.." Balas Iqa. Izati dan Arina mengangguk tanda faham.

Antidot Zombie √Where stories live. Discover now