Telifon milik Iqa berbunyi menandakan ada panggilan masuk. Tangan terus laju mencapai.
"Hello, ma. Ma kat mana?" Soal Iqa risau.
"Mama masih di hospital. Kami masih lagi cuba cari antidot tu. Jgn la risau. Mama okey." Balas Puan Yana iaitu mama kepada Iqa.
"Tapi bukan ke kawasan tu dah mula dijangkiti virus?" Soal Iqa lagi.
"Ye Iqa... mama tau.. tapi buat masa sekarang ni kawasan ni masih selamat. Iqa dengar sini. Iqa tolong mama buat antidot ni sama. Iqa dekat mana sekarang?" Jelas Puan Yana.
"Iqa kat Johor. Iqa lari sampai Johor dengan kawan Iqa sebab virus tuh" balas Iqa.
"Bagus la kalau Iqa selamat. Sekarang ni. Kamu nanti pergi ke hospital yang paling dekat dan tanya pil exesrit. Pil tu boleh bantu kamu buat antidot. Bila kamu dah dapat pil tu. Kamu hancurkan dan campurkan dengan asid. Insya Allah antidot ni akan menjadi. Kami dekat sini pun masih dalam percubaan untuk dapatkan antidot ni. Jadi kamu tolong mama ye. Bye sayang." Talian terus dimatikan.
"Mama kau cakap ape Iqa?" Soal Izati.
"Mama aku bagi tau cara nak buat antidot tu. So esok jugak kita kene gerak pergi hospital secepat yang mungkin." Terang Iqa.
.___________________.
"Wey bangun dh pukul 6 ni.. kita tak solat subuh lagi" kejut Iqa. Sememangnya dia selalu bangun awal. Di asrama pun macam tu jugak.
"Ermm. Haaa yee.. 5 minit 5 minit." Balas Izati.
"Liyana, bangun la. Subuh sekali jom." Kejut Iqa lagi tapi kali ini pada Liyana.
"Erm.. haaa yee.." tanpa banyak kata Liyana bangun lalu menggosok matanya.
"Sekarang pukul berapa?" Soal Liyana.
"Sekarang pukul 6. Dah bangun. Solat subuh dulu lepas tu kita gerak pergi hospital." Balas Iqa.
Liyana akur. Dia terus berdiri dan pergi ke bilik air untuk membasuh muka.
Selesai sahaja solat subuh. Tepat pukul 8 mereka mula bergerak ke hospital berdekatan.
"Apa nama pil tu?" Soal Khai setelah kereta yang dipandunya diparkingkan ke tempat letak kereta yang disediakan.
"Nama pil tu pil exesrit. Harap harap ade la kat sini." Balas Iqa.
"Okey jom.. eh sekejap. Haziq, Arina dengan Izati tunggu sini. Takut ape ape nnti.. oh ye. Kita kluar terus ikut pintu depan. Kau bawak kereta depan hospital. Kita kene cepat.. Liyana dengan Iqa ikut aku." Cadang Khai. Yang lain hanya setuju.
Langkah kaki mereka dipercepatkan ke farmasi hospital.
"Err.. kak tumpang tanya.. kat sini ade tak pil exesrit??" Soal Khai apabila sampai di hadapan kauter farmasi.
"Ermm.. ada.. tapi pil ni agak bahaya untuk orang awam. Maaf encik kami tak dibenarkan memberi pil ni kepada sesiapa." Kata Jururawat yang bertugas dia kaunter itu.
"Erk.. tolong la cik.. pil ni penting.. boleh la.. saya bayar berapa je yang cik nak." Pujuk Iqa.
"Maaf cik. Ini arahan doktor. Kami hanya mengikut arahan." Balas Jururawat itu.
"Tapi cik......"
"Arrrrghhhhhh!!!!" Belum sempat Iqa menghabiskan kata katanya tiba tiba terdengar jeritan seseorang.
Semua orang yang berada di kawasan yang berdekatan mula lari. Hospital itu mula menjadi huru hara.
"Ahh shit. Aku dah agak dh" kata Khai bengang. "Bagi pil tu cepat. Ni untuk antidot! Cepat la. Dengan asid sekali. Cepat!" Arah Khai. Kali ini tiada lagi kata kata lembut. Jururawat itu tidak mengendahkan arahan Khai. Dia terus berlari keluar kerana ketakutan.
"Eyy tak guna!" Khai terus masuk ke dalam farmasi tu dan mula mencari pil exesrit. Iqa juga tolong mencari pil itu di bahagian bawah rak.
"Erk. K... kha..khai better kita kluar sekarang" kata Liyana tersekat sekat.
"Kejap sikit lagi." Balas Khai. Tangannya makin laju mencari pil tu.
"Akak!!!" Jerit Liyana. Khai dan Iqa pantas menoleh.
"Iqa kau cari.. aku settle kan kat luar." Kata Khai.
Seekor zombie mula lari ke arah Liyana.
Bukk!! Satu tumbukan padu hinggap di muka zombie itu.
"Eyy kau ni... kalau tak menyusahkan orang tak boleh ke?" Kata Khai sambil tangannya mula dihayunkan menahan kesakitan.
"Wey dah jumpa. Dengan asid skali aku dapat" kata Iqa.
"Haa bagus. Jom blah cepat." Kata Khai. Mereka mula berlari ke pintu utama hospital itu.
"Ahh shittt!!! Tak guna!!" Kata Khai. "Jom pintu belakang" Khai mula berlari apabila banyak zombie mula menyerbu masuk.
"Tapi Khai. Diorang dah tunggu kat depan tu kan? " kata Iqa.
"Ahh tak ade masa bruhh. Pintu belakang ade." Kata Khai.
"Ermm ye la." Liyana dan Iqa hanya akur. Mereka berlari sampailah ke pintu belakang hospital.
"Cepat Iqa!" Jerit Khai. Selepas sahaja Iqa keluar, Khai terus menutup pintu itu.
"Jom kita kene blah pergi kereta" kata Khai.
"Tapi kat mana?" Soal Liyana.
"Haah.. diorang kat mana?" Soal Iqa pula.
"Call diorang jap." Kata Khai. Liyana pantas mengeluarkan telifon bimbitnya.
"Hello, Haziq. Korang kat mana? Kami tak boleh keluar ikut pintu depan. Jumpa kat belakang hospital." Kata Liyana apabila talian bersambung.
"Wey.... Izati.. dia.. dia dah...." balas Haziq tersekat sekat. Suaranya bercambur rasa takut.
"Kenapa dengan Kak Izati?" Soal Liyana cemas.
"Aku ambik korang kat belakang hospital.. tunggu sana sekarang.." balas Haziq. Dia seperti menyorokkan sesuatu. Talian terus diputuskan.
"Kenapa dengan Izati?" Soal Khai.
"Tak tahu. Haziq tak nak bagi tahu." Balas Liyana risau.
"Aduh. Harap harap tak ade ape yg jadi kat diorang." Kata Iqa.
"Harap harapnya macam tu la" balas Liyana. Tak lama selepas itu kereta honda menghampiri mereka.
"Bagus sampai cepat" kata Khai selepas masuk daripada kereta.
"Erm.. geng" kata Haziq teragak agak.
"Eh mana Izati?" Soal Iqa.
"Sebenarnya... tadi..." Arina cuba katakan sesusatu tetapi tersekat sekat.
"Sebenarnya ape Haziq?" Soal Khai pula. Kali ni lebih risau.
"Sebenarnya.. tadi.. dia nk pergi toilet.. pastu dia tak sempat balik ke kereta dah ade zombie datang kat dia.. and dia...." akhirnya Haziq memberi tahu tentang Izati.
"What?!" Khai terkejut dengan kata kata Haziq. Arina dah mula menangis. Mana tidaknya kenalan paling dia rapat di sekolah itu la satu satunya. Sejak dari sekolah rendah mereka berkawan. Iqa cuba menenangkan Arina.
"Sabar la Arina. Kita sekarang ni tinggal buat antidot je.. bahan kita dah dapat" pujuk Iqa.
"Tapi wey, dia kawan aku kot. Kami selalu lepak sekali. Dia kawan susah senang aku. Sejak sekolah rendah. Kami tak pernah pisah. Wey... kenapa dia wey.. kenapa bukan aku??" Balas Arina teresak esak. Air matanya tidak mampu ditahan daripada membasahi pipi.
Keadaan menjadi sunyi. Semua terkedu dengan kehilangan Izati. Hanya air mata yg menerangkan betapa sedihnya mereka pada saat ini. Khai hanya menutupkan matanya. Menahan sedih di hati. Kehilangan seorang kawan bukannya satu benda yg dapat dia terima.
"Sabar la semua. Mesti ade hikmah kenapa benda ni jadi kat kita semua." Kata Liyana. Cuba menenagkan semua. Haziq terus memandu kereta keluar daripada kawasan hospital.
YOU ARE READING
Antidot Zombie √
Horrorkehidupan 3 org sahabat berubah serta merta apabila jankitan virus zombi mula merebak ke seluruh negara... kehilangan seorang demi seorang rakan rakan membuatkan mereka buntu.. apakah pengakhirangnya? adakah mereka akan terus dijangkiti virus atau b...