◐ Natalia Sufian ◑

5.5K 191 7
                                    

Mata yang sudah terpejam lama dibuka perlahan-lahan. Sinaran cahaya memantul masuk ke dalam mata.

"Argh !"

"Doktor ! Panggil Doktor , Filzah."arah seseorang yang agak berusia apabila dia sedar bahawa aku telah terjaga.

Tidak sampai beberapa lama , aku dapat rasakan doktor sedang memeriksa tubuhku.

"Cik , buka mata cik.. Cik." Panggil doktor itu beberapa kali. Aku membuka kedua-dua belah mataku. Kedua-dua belah tanganku menghalang cahaya matahari daripada menusuk ke dalam anak mata aku.

"Saya dekat hospital doktor ? Kenapa ?" Soalku pada doktor yang bertugas.

"Cik tak ingat ke ?" Soal doktor itu.

"Ingat ? Ingat apa ?" Aku cuba memutarkan kembali ingatan aku tetapi apa yang ada hanyalah ruang kosong ! Aku tak ingat apa-apa !

"Saya tak ingat , doktor." Luahku dengan rasa takut. Aku cuba sekali lagi untuk ingat akan masa lalu tetapi gagal.

"Cik tenang cik jangan risau. Kali ini saya tanya , cik jawab sahaja apa yang cik tahu." Pesan doktor itu.

Aku mengangguk kecil. Mata aku melerek ke arah mereka yang lain. Semuanya adalah wajah asing bagi aku. Siapa mereka ni ? Kenapa aku tak kenal atau ingat mereka semua.

"Nama cik siapa ?" Soal doktor lelaki itu.

Aku cuba memejam mata untuk mengingati nama aku tapi seperti tadi , apa yang aku dapat hanyalah satu ruang kosong di dalam ingatan aku. Kenapa aku terbaring di atas katil hospital ini aku langsung tak ingat.

"Sa..ya tak ingat." Jawabku dengan rasa kecewa. Kecewa kerana tidak ingat akan siapa diri aku.

"Ingat tak tarikh hari ni ?" Soal doktor itu lagi.

"Saya tak tahu..2014 je saya tahu" Balasku pendek. Terdeketik juga di dalam hati sudah berapa lama aku tidak sedarkan diri ?

"Doktor , sudah berapa lama saya tak sedarkan diri ?" Soalku padanya.

"Hampir dua minggu. Awak koma sementara." Balas doktor itu dengan tenang.

Sukar itu aku percaya yang aku koma.

"Doktor , macam mana dengan cucu saya ? Adakah dia amnesia ?" Soal lelaki tua yang memanggil doktor tadi. Aku melihat riak wajah mereka yang berada di sekelilingku. Semua berwajah risau.

Ada seorang lelaki tua , sepasang suami isteri , seorang remaja perempuan dan lelaki. Mungkin dua orang remaja itu adalah anak kepada pasangan suami isteri itu.

"Tuan Mikhail jangan risau. Mari kita bincang di dalam pejabat saya." Ajak doktor itu , bagi dia tidak sesuai untuk bercakap perihal ini di hadapan pesakit. Takut akan memberi tekanan kepada pesakit.

" Emir Khan , tengok-tengokkan Lia , ya." Pesan seorang wanita itu sebelum berlalu bersama suami dan ayah mentuanya.

Aku memandang ke arah lelaki yang dikenali sebagai Emir Khan. Mataku juga bertembung dengan mata gadis remaja di sebelahnya.

"Hai , saya Elmira Khan." Gadis itu tersenyum ke arah aku. Tanpa sebarang riak wajah aku hanya diam dan memerhati.

"Cantik juga erh awak ni bila dah terbukak mata. Tengok abang saya tu , tak berkelip mata dia tengok awak." Usik Elmira.

Aku masih juga kaku dan tidak bersuara. Siapa mereka semua ni ?

"Siapa saya ?" Soalku kepada mereka berdua.

"Natalia Sufian. Cantikkan nama awak." Puji Elmira Khan.

"Cantik apa , nama Sufian tu untuk lelaki laa.." Komen Emir Khan.

TerindahWhere stories live. Discover now