◐ Sofea ◑

2.4K 138 3
                                    

Beberapa bulan berlalu..

Pulang sahaja dari sekolah. Aku dan Elmira terus masuk ke dalam bilik masing-masing. Melepaskan tekanan yang hampir sebulan lamanya kami pendam.

Akhirnya ! Terlepas juga kami dari SPM ! Tiada lagi terikat dengan kertas putih itu lagi.

Bunyi ketukan di pintu bilik mengejutkan aku dari tidurku.

"Siapa ?" Soalku sambil menggosok mataku. Aku melihat sekeliling bilik yang gelap. Dah pukul berapa ? Lamanya aku tidur sampai tak perasan masa.

Pintu bilik dibuka dan terjengul wajah Emir yang ketawa kecil melihat keadaanku.

"Dah tak ingat dunia ke kak lepas habis SPM ?" Soalnya. Aku menjeling dia yang ketawa kecil.

"Nak apa ?" Soalku.

"Nak kejut orang tu bangun lah.. Dah maghrib dah pun. Dia dengan baby sama je , balik sekolah terus terbongkang. Anak dara apa ni ?" Bebel Emir. Aku menguap besar melihat Emir membebel. Mulut yang ternganga ditutupku.

"Dah habis dah ?" Soalku pada Emir apabila dia berhenti bercakap. Tidak semena-mena dia menjentik dahiku.

"Ouch ! Apa ni ?"

"Apa yang apa. Dah pergi mandi , solat lepas tu dinner sama-sama." Arah Emir.

"Orang nak pergilah ni , tapi dia yang nak membebel panjang tadi." Gumamku. Emir merenung tajam ke arahku.

"Apa dia Lia ?" Soalnya.

"Tak ada apa." Balasku sambil tersengih kecil. Dia dengar la pula !

"Sejak bila pandai menjawab ni ?" Tegur Emir. Semenjak Natalia dapat mulut , ada je dia nak jawab. Geram betul dia dengan gadis di hadapannya ni.

"Sejak Emir membebel kutt.." balasku bersama nada sedikit manja. Sejak bila aku jadi macam ni , jangan tanya. Tapi aku suka tengok muka Emir yang membebel dengan Emir yang geram dengan telatahku.

"Malaslah layan Lia. Baik Emir tengok tv lagi bagus." putusnya.

"Laa.. Dah nak pergi dah ke ? Tak nak bebel lagi ?" usikku.

"Malas." jawabnya sebelum beredar. Tergelak kecil aku melihat muka masam mencukanya.

Malam itu kami semua berkumpul di ruang makan bersama. Mulut Elmira tidak boleh berhenti langsung sepanjang di meja. Ada sahaja dia hendak bercerita.

"Emir , kenapa balik sini ? Tak ada kelas ke esok ?" soal Tuan Mikhail. Terhenti percakapan Elmira. Semua tertumpu pada Emir.

"Tak ada kelas. Jadi Emir datang nak lah release-kan tension minah dua orang ni. Ingat nak ajak keluar malam ni." terang Emir.

"Bhaijan nak ajak keluar ? Pergi mana ? Tengok wayang nak tak ?" soal Elmira bertalu-talu. Teruja betul dia.

"Baby , please behave. Cuba beradab sikit di hadapan rezeki." tegur Puan Filzah. Elmira hanya menyengih bila dia tersedar yang di hilang kawalan tadi.

"Esok , seperti yang sudah dirancang. Selepas kamu berdua habis SPM, gambar family kita akan disebarkan ke serata Malaysia. Dada nak semua orang kenal cucu perempuan kedua dada , Natalia Sufian." kata Tuan Mikhail.

Tersentuh aku mendengarnya.

"Tak sabarnya nak tengok gambar kita keluar majalah !" Kata Elmira dengan teruja.

"Baby , Lia. After SPM , sementara nak tunggu result ada fikir nak kerja dekat mana-mana sementara ni ?" soal Tuan Mikhail lagi.

Elmira sudah ternganga dengan tidak percaya. Rosak mood terujanya tadi.

TerindahWhere stories live. Discover now