◑ Azrael ◐

2.1K 129 4
                                    

Tuan Mikhail , Tuan Rafael dan Puan Filzah baru sahaja hendak melangkah ke bilik Elmira tetapi di halang oleh pembantu mereka.

"Tuan." tegur pembantu mereka.

"Ada apa Siti ?" soal Tuan Mikhail.

"Guard kata ada tetamu bernama Firdaus nak jumpa tuan." kata pembantu warganegara itu. Tuan Mikhail memandang ke arah anak menantunya.

"Kalian berdua ada jemput tetamu ke ?" soal Tuan Mikhail.

"Tak adalah pula abba." balas Tuan Rafael bagi pihak dia dan isterinya.

"Siti , kamu suruh guard jangan benarkan lelaki itu masuk." arah Tuan Mikhail. Siti segera mengangguk dan dia bercakap sesuatu di telefon yang berhubung terus dengan pondok keselamatan.

"Tuan , lelaki itu kali ini kenalkan diri dia sebagai Azrael Khan , Tuan." kata Siti lagi setelah dia berdiam untuk seketika.

"Azrael Khan ? Abba.." Tuan Rafael memandang ayahnya dengan wajah terkejut. Sudah lama dia tidak mendengar nama itu.

"Izah pergi naik dulu. Abba dengan Rafael ada benda nak uruskan." kata Tuan Mikhail. Dia memberi isyarat kepada pembantu mereka untuk membenarkan lelaki yang dikenali Azrael masuk ke dalam.


👣👣👣



Tuan Mikhail dan Tuan Rafael menanti dengan penuh debar kedatangan tetamu yang tidak dijemput di ruang tamu.

"Tuan , Encik Azrael dah tiba." kata pembantu rumah. Mata kedua-dua beranak itu memandang tepat ke arah tetamu mereka.

"Azrael ?" panggil Rafael dengan tidak percaya. Lelaki itu tersenyum sinis memandang ke arah mereka berdua.

"Lama taya (abang ayah/ayah saudara) tak jumpa Azrael." Kata Tuan Mikhail pada Azrael. Azrael hanya tersenyum sinis.

"Kenapa kau datang sini Azrael. Tak ada angin tak ada ribut. Mana kau menghilang selama ni ?" Soal Tuan Rafael pula.

"Mana saya pergi. Tuan satu family tak perlu tahu. Saya nak anak saya balik." Kata Azrael dengan sinis.

"Anak ?" Soal Rafael lagi.

"Dah dah , Az dan Raf. Apa kata kita duduk bincang. Az , Taya (abang ayah/pakcik saudara) langsung tak tahu fasal anak kamu , Az." Kata Tuan Mikhail apabila Azrael mula mengambil tempat di sofa.

"Huh.." Azrael tersenyum sinis.

"Jangan nak tipu. Saya dah tengok gambar keluarga tuan dan saya nampak anak saya. Saya nak Sofea Nurain !" Bentak Azrael dengan kasar.

"Azrael ! Mana pergi Azrael yang taya kenal ? Azrael yang senang berbincang dan tidak akan melenting ?" Soal Tuan Mikhail dengan terkejut apabila Azrael tiba-tiba sahaja memberontak.

"Azrael Khan Bin Ridhwan Khan dah lama mati , Tuan. Saya nak anak saya balik. Mana dia." Kata Azrael dengan tegas.

Tergamam Tuan Mikhail dan anaknya mendengar kata-kata lelaki di hadapan mereka.

"Natalia.. Dia sakit.." Kata Tuan Mikhail.

"Natalia.. ? Apa tuan dah buat dekat Sofea saya !?" Tengking Azrael.

"Az ! Kau jangan nak kurang ajar dengan abba aku!" Tegur Rafael.

"Aku nak jumpa anak aku. Aku tak nak anak aku duduk dengan keluarga yang agungkan sangat keturunan berdarah pakistan ni ! Bukan kau orang benci ke dulu dengan perempuan yang telah lahirkan anak aku ke dunia ni ?" Soal Azrael dengan sinis.

Dia terus bangun dari duduknya dan berjalan ke serata tempat di rumah itu.

"Az.. Azrael ! Apa kau buat ni ?" soal Rafael dengan geram. Dia cuba menahan Azrael yang menggila membuka sesuka hati setiap pintu bilik yang ada di rumah ini.

"Aku nak anak aku balik !" balas Azrael. Dia berlari naik ke tingkat atas.

Dia terus membuka besar sebuah pintu bilik ini dan..

Terbelik besar mata Azrael melihat sekujur tubuh yang sedang tersandar lemah di kepala katil. Semua yang berada di bilik itu terkejut melihat kelibatnya.

"Sofea.." tangisannya pecah dan dia terus memeluk tubuh yang lama sudah menghilang.

💖💖💖💖


Aku tersedar dari pengsanku. Sebaik sahaja aku membuka mata, Elmira terus meluru ke arahku.

"Baaji , kan baby dah kata jangan fikirkan sangat !!" Marah Elmira dalan tangisan kegembiraannya. Aku hanya mampu tersengih.

"Tapi sekarang baaji dah okay.." balasku.

"But stil , rasa nak meletup jantung baby bila tengok baaji tak sedarkan diri." terang Elmira.

"Sorry.." Balasku.

'PAPP !!' pintu bilik Elmira diterjah dari luar. Kami semua serentak memandang ke arah gerangan yang membuka kasar pintu bilik ini.

"Sofea.."

Mata lelaki itu memandang tepat ke arah aku sebelum meluru memeluk tubuh aku.

Aku terkejut ! Aku cuba menolak tubuh itu dan Elmira serta Puan Filzah juga turut membantuku.

"Lepaskan saya !! Ammi !!!" Teriakku sekuat hati bersama air mata ketakutan.

"Lepaskan lah budak ni , Azrael !!" Teriak Puan Filzah pula.

"Baba !!" Elmira pula menjerit meminta bantuan Tuan Rafael. Mereka semua bergelut sehingga Tuan Rafael tiba di muka pintu.

"Azrael apa kau buat ni !?" Tegur Tuan Rafael. Dia menolak sekuat hati tubuh Azrael daripada Natalia.

Aku memeluk erat tubuh Puan Filzah. Tidak sanggup aku hendak memandang ke arah lelaki yang tiba-tiba sahaja memeluk aku.

"Sofea , ni papa sayang. Ni papa." Kata Azrael , dia memandang ke arah aku dengan penuh mengharap. Aku hanya menggeleng ketakutan.

"Azrael ! Kau kena dengar penjelasan aku dan abba aku dulu." Kata Tuan Rafael kepada Azrael.

Lelaki yang dikenali Azrael memandang ke arah aku dan Tuan Rafael silih berganti. Dia nampak keliru.

Air mata lelaki itu gugur ! Dia menangis di hadapan kami semua. Siapa dia ?

"Baba , siapa dia ni ? Tiba-tiba kacau baaji ?" Soal Elmira bagi pihak aku.

Tuan Rafael melepaskan keluhan berat.

Tuan Mikhail yang  baru sahaja melangkah masuk ke dalam bilik Elmira melepaskan keluhan berat.

"Azrael , masuk bilik kerja taya(abang ayah/ bapa saudara)." Kata Tuan Mikhail tegas.

Lelaki itu memandang aku kali terakhir sebelum melangkah berat keluar daripada bilik ini.

"Tu ayah Lia ke baba ?" Soalku apabila kelibat lelaki itu hilang. Tuan Rafael tidak membalas , dia berlalu keluar mengikuti lelaki tadi.

Aku memandang ke arah Puan Filzah. Puan Filzah memeluk erat tubuhku.

Aku dapat rasakan lelaki tadi ada kena mengena dengan aku. Pandangan matanya penuh dengan kesedihan.

Siapa dia ?






✘✘✘✘✘


Hello ! Jeng jeng jeng ! Cuba teka siapa Azrael Khan ?

Kenapa bukan Firdaus ?😥

TerindahWhere stories live. Discover now