◑ Gari ◐

2.3K 134 3
                                    

Aku dan Elmira masuk ke dalam kelas bersama-sama. Kami menjadi tumpuan satu kelas.

"Ni mesti kes hari tu kan , baaji ?" Soal Elmira padaku.

"Agaknya.." Balasku.

"Apa kata kita buat dorang lagi tertanya tanya nak tak ?" Cadang Elmira.

"Macam mana tu ?" Soalku. Tak faham.

Elmira memeluk lenganku. Dia tersenyum lebar ke arahku.

"Macam ni. Kan hari tu kita gaduh besar. Mesti ada yang pelik kita macam ni." Kata Elmira lagi.

Tiba-tiba sekumpulan pelajar lelaki tiga orang mendekati kami berdua.

"Hi , Natalia. Lama tak nampak ? Menghilang ke mana ?" Soal salah seorang daripada mereka.

"Ke hati aku lah , Kim." Balas rakan sebelahnya.

"Hi sayang dah sihat ?" Soal Zayn.

"Kau tak yah nak kacau baaji aku , Zayn. Dia dah berpunya." Laju sahaja Elmira membalas kata-kata Zayn.

"Erh makcik ni , kau bukan musuh ke dengan Natalia. Asal tiba-tiba rapat lain macam hari ni ? Sayang you kena jampi ke dengan Makcik ni ?" Soal Zayn lagi. Tidak semena-mena Raiz yang baru masuk ke dalam kelas melanggar bahu Zayn.

"Kau pahal bruh ?" Soal Zayn dengan geram.

"Kau jangan nak kacau Natalia , Zayn." Raiz memberi amaran kepada Zayn.

"Wow wow wow ! Kenapa semua orang emo terlebih pagi ni ? Aku gurau sikit je dengan Natalia. Natalia cool je tapi apasal orang sebelah Natalia pula yang berapi ?" soal Zayn pada Elmira dan Raiz.

Mereka berdua tidak menjawab.

"Dah lah Zayn , semua emo tak syok nak gurau-gurau , duh. Baik duduk main game lagi best." ajak Izzat. Dia pun rasa macam dah hilang syoknya nak sambut Natalia apabila Elmira dan Raiz masuk campur.

Aku menggeleng kepala melihat apa yang baru sahaja berlaku tadi. Macam-macam ragam ! Kenapalah aku boleh sesat dekat sekolah semula.

Aku mengambil tempat di sebelah Raiz.

Aku perasan yang Raiz sedang sibuk menyiapkan kertas kerjanya. Kerja apa , aku sendiri tak tahu. Macam surat je.

Aku perasan di menyingsing lengannya sehingga ke paras siku. Ini kalau budak lain nampak maybe ada yang dah cair.

"Natalia , saya tahu awak asyik usha saya. Saya tak kisah tapi tolong jangan  bagi lirikan mata yang menggoda tu." tegur Raiz , dia tersenyum nakal ke arahku.

Aku terus memandang ke hadapan. Malunya ! Macam mana dia perasan.

"Saya nampak handsome tak ?" soal Raiz. Aku tidak mengangguk mahupun menggeleng.

"Saya tahu saya handsome. Awak tergoda ke ?" soal Raiz lagi walaupun aku langsung tidak bersuara.

"Saya tak tergoda langsung." balasku pula. Nanti kalau tidak jawab , sukahati dia sahaja meneka itu ini.

"Natalia , saya tak marah awak untuk usha saya. Just jangan bagi lirikan mata menggoda tu je." kata Raiz kepadaku. Aku kembali memandang ke arah dirinya yang sibuk dengan kertas kerja.

"I told you right ? Mata tu." tegurnya lagi.

"Apa saya buat ?" soalku dengan sedikit geram. Raiz hanya membalas dengan ketawa kuat.

"Rasaya , awak tak buat apa-apa pun sangat menggoda bagi saya." kata Raiz. Ternganga aku mendengar kata-kata lelaki itu. Raiz hanya ketawa kecil melihat reaksiku.

TerindahWhere stories live. Discover now