a/n; Hampir semua watak dalam Kini Tiada wujud. Namun peristiwa yang ditulis disini bukan 100% based in true life story. Cerita ini hanya imaginasi penulis+real experiences. So, pls support an vote, comment and review.. thx...
xoxoxoxo AyuDania
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Ayu hanya duduk termenung disitu. Dia suka melihat pokok-pokok yang besar+tinggi+hijau+angin sepoi-sepoi.
Sepatutnya dia sertai perjumpaan Kadet Polis, tapi dia tak ada mood untuk melayan akitiviti kokurikulumnya. Sesekali dia menyikat rambutnya menggunakan jari-jemarinya yang runcing. Dia bangkit. sebuah buku jatuh dari begnya.
Tak sempat dia mengambil buku itu, sepasang tangan mengangkat buku tersebut. "Masih guna buku ni ke?" soal Asyraf apabila mata mereka bertentangan.
Ayu terdiam. "Banyak page yang kosong, sbb tu saya guna buku ni lagi..lagi pun banyak nota penting dlm buku ni" jawab Ayu tenang.
Asyraf mendiamkan diri. Dia melihat wajah gadis yang pernah betakhta dihatinya. Atau mungkin masih bertakhta.
"Kenapa..?" Asyraf tiba-tiba bertanya. Tiada hujung pangkal ayat. Hanya perkataan itu sahaja yang terkeluar.
Ayu mengalihkan pandangannya kearah langit biru. Dia tahu makna pertanyaan Asyraf. Cuma, dia tidak boleh menjawab.
"Saya kena balik sekarang" Larikan diri. Ya, hanya itu yang Ayu mampu buat. Dia tidak berdaya menatap wajah Asyraf yang dambakan jawapan.
"Sampai bila awak nak lari? Sampai bila awak nak biarkan saya terkapai-kapai sendirian. Bukan awak yang nak bersama saya selamanya ke? Mana janji awak?"nada suara Asyraf keras. Perit dihatinya tidak tertanggung lagi.
"Jangan tunggu saya. Jangan tunggu penjelasan saya. Hubungan kita sudah berakhir saat kita mulakan dulu. Takdir yang tentukan perjalanan ini. Redhailah. Semoga awak bahagia." dia terus melangkah pergi.
Hatinya bagai ditusuk belati. Perit. Mana dia yang dulu. Yang selalu disisi. Hati jantannya menangis.
Langkah Ayu pantas. Sebal. Dia boleh menjerit, tapi dia tidak boleh bersuara.
Dia boleh menangis, namun tiada airmata. Dia boleh menjawab, namun dia tiada jawapan. Pergi. Pergi Ayu. Jangan datang lagi. Cinta tiada. Jangan beri harapan lagi. Hanya itu bisik hatinya,menenangkan jiwanya.
Dari jauh Hana memerhati peristiwa itu. Dia tidak tahu apa sebab Ayu menolak Asyraf. Tapi dia tahu Asyraf masih mengharapkan Ayu. Perlahan-lahan tangan kanannya memegang dadanya. Jantungnya berdegup kencang.
Hatinya masih terpaut pada Asyraf, namun kerana sahabat, dia menyimpan perasaan itu sendirian. Kalaulah..dia dapat menyembuh luka didalam hati Asyraf dan boleh membuat Asyraf tersenyum kembali, alangkah bahagianya.
Asyraf melangkah pergi. Hana hanya memerhati derap langkah Asyraf. Ternyata jejaka itu kecewa dengan Ayu.
**************************************************************************************************
"Assalamualaikum.."
Tergesa-gesa Mariam membuka pintu. "Walaikumsalam,baru balik, Along. Awal balik hari ni.." sapa Mariam pada anak lelaki sulungnya.
"Takde kelas tambahan hari ni,,Mellisa mana?" tanya Daniel. Dia perhati sekeliling. Dia tidak nampak kelibat adik bongsunya.
"Ada kat bilik, tengah tidur. Penat agaknya kat sekolah tadi. Dia kata ada lumba lari" jelas Mariam.
Daniel mengangguk. Perlahan-lahan dia menuju ke sofa. Mehilangkan keletihannya. Matanya terkatup perlahan.
"Along..da Zohor belum? Zohor dulu baru tidur.." arah Mariam. Daniel tersedar.
YOU ARE READING
KINI TIADA..
Teen Fiction"Jangan tunggu saya. Jangan tunggu penjelasan saya. Hubungan kita sudah berakhir saat kita mulakan dulu. Takdir yang tentukan perjalanan ini. Redhailah. Semoga awak bahagia." dia terus melangkah pergi. -AYU Hatinya masih terpaut pada Asyraf, namun k...