8 • Seung Woo

87 18 1
                                        

Flashback start

dulu, ahjumma mempunyai seorang anak lelaki yang sebaya dengan jiyong. namanya Kim Seung Wu. waktu kecil, mereka main bersama-sama. makan sama-sama. semuanya sama-sama.

sejak kejadian buruk yang menimpa jiyong, iaitu lost his mother, jiyong mula menarik Seung Wu kedalam dunianya.

mengajar Seung wu menjadi budak jahat dan melakukan benda jahat. Seung Wu sangat serupa dengan jiyong.

Seung Wu dah tak ada. dia mati kerana overdose mengambil dadah.

"kenapa kau buat Seung Wu macam ni jiyong??" kata ahjumma sambil menangis. dia meratapi mayat anaknya.

"saya minta maaf ahjumma! saya tak sengaja. saya tak tahu pula boleh nadi macam ni" kata jiyong juga menangis. dia melihat muka Seung Wu yang pucat dan mulutnya keluar buih-buih putih

"maaf kan aku Seung Wu" kata jiyong dan menangis dengan kuat. hilang kawan untuk bergantung memang sukar.

dengan kehilangan Seung Wu, ahjumma mengambil keputusan untuk menjaga Jiyong dengan sepenuh hati.

Flashback End

"siapa perempuan tu?" tanya ahjumma

"em yeoja chingu yong" kata jiyong

"ouh ahjumma balik dulu ye" kata ahjumma

"eh tak nak masuk dulu ke?" kata jiyong dan mengambil bekas kimchi di tangan ahjumma

"tak pelah" kata ahjumma dan melangkah pergi.

"bye" kata jiyong. dia pun masuk ke dalam

"apa benda tu?'' tanya Na Mi tentang bekas yang ada ditangan jiyong

"kimchi ahjumma sebelah bagi" kata jiyong

"ouh" kata Na Mi.

jiyong duduk disofa. air mukanya jelas menunjukkan dia sedih.

"kenapa ni jiyong?" tanya Na Mi

"tak ada apa. cuma teringat mendiang Seung Wu" kata jiyong. dia seperti hendak meluahkan segalanya kepada Na Mi

"mendiang? awak cerita saja. biar saya dengar" soal Na Mi.

"aku rindu dia. dialah kawan sehidup semati aku. aku yang bunuh dia! aku ni patut mati!" kata jiyong dan mengetuk-ngetuk kepalanya.

"eh!" kata Na Mi dan memegang tangan jiyong. diusapnya tangan jiyong dengan lembut

"jangan salah kan diri awak" kata Na Mi

"kenapa? aku yang menyebabkan dia hisap dadah! aku yang ajar dia masuk ke dunia aku yang tak elok! aku tak patut salahkan diri aku?" kata jiyong. air matanya keluar.

"aku yang salah. klau aku kawal dia masa dia hisap dadah tu, dia masih hidup! dia tak overdose! dia tak mati!" kata jiyong lagi. air matanya laju membasahi pipi bagaikan air terjun

Na Mi turut mengalirkan air mata.

"aku rindu dia Na Mi.. tskk tskk" teresak-esak jiyong menangis

"aku nak Seung Wu ada balik. kenapa dia tinggalkan aku" kata jiyong terus menerus.

"sini" kata Na Mi. dia memeluk jiyong dan membiarkan jiyong menangis di dakapannya. jiyong memeluk Na Mi dengan erat.

jiyong terus menangis dan menangis.

"aku.. aku ni teruk! aku yang buat dia.. mati.. aku.." belum sempat jiyong menghabiskan kata, dia rebah. pelukan terlerai

"jiyong?" panggil Na Mi

"bangun jiyong! kenapa ni?" tanya Na Mi dan membaringkan jiyong.

"panasnya badan awak" kata Na Mi

Na Mi pergi mengambil kain basah dan menekapkannya ke atas dahi jiyong. selimut diambil dan menyelimutkan badan jiyong

"kesian dia. mesti dia rindu sangat Seung Wu sampai pengsan dan demam macam ni" kata Na Mi. Na Mi membiarkan jiyong tidur.

• • • • •

"aku okay saja kat sini jiyong. jangan risau." kata Seung Wu

"kau okay? tapi, aku rindu sangat kat kau Seung Wu" kata jiyong

"aku pun rindu kau" kata Seung Wu tersenyum.

"aku minta maaf Seung Wu. aku banyak buat kau berubah. aku yang buat kau terjebak dengan benda-benda tak elok ni" kata jiyong

"tak apa jiyong. benda dah lepas. aku pun dah tak ada. kau yang masih hidup kenalah teruskan hidup. jangan fikir pasal aku lagi" kata Seung Wu

jiyong meratapi muka kawan baiknya itu

"aku kena pergi" kata SeungWu

"kau nak pergi mana?" tanya jiyong

"selamat tinggal jiyong. jumpa dihayat yang lain." kata Seung Wu dan perlahan-lahan meninggalkan Jiyong.

"jangan pergi Seung Wu!" jerit Jiyong. rupanya dia mimpi. mimpi terjumpa orang yang dia sayang

"awak okay tak?" kata Na Mi

"aku jumpa Seung Wu" kata jiyong. air matanya jatuh lagi

"saya pasti dia dah bahagia di sana" kata Na Mi

jiyong hanya diam. terlepas juga rindu dia kepada Seung Wu walaupun dalam mimpi.

"nah. makan sedikit" kata Na Mi. ditangannya ada semangkuk bubur ayam yang disediakan tadi.

"sini saya suapkan" Kata Na Mi dan menyuapkan kedalam mulut jiyong.

"sedap" kata jiyong pendek. dia makan sampai licin bubur itu.

[TO BE CONTINUED]

[ C + Sad ] Aku G-Dragon + Kwon JiyongWhere stories live. Discover now