"kat mana klinik doktor tu?" soal Jiyong. dah 1 jam mereka berpusing-pusing di bandar Seoul, tak sampai-sampai pun. mesti ingatan Na Mi tak berapa bagus.
Na Mi tersenyum tawar.
"kau cakap ah kau lupe!" teriak Jiyong.
"tak takk" kata Na Mi takut. dia menyelongkar segenap beg tangannya yang besar sampai terkeluar segala barang hingga terpelanting kemuka Jiyong
"woi!" jerit Jiyong kerana lipstick yang besar itu kena dipipinya.
"ohh sorry sorry" kata Na Mi dan mengusap-usap pipi Jiyong lembut untuk hilangkan sakit. matanya yang bersinar memandang tepat mata Jiyong kerana takut Jiyong marah.
Jiyong ternganga. jantungnya berdegup laju lagi. aih cinta. perasaan cinta akan datang bila-bila masa saja. matanya tertangkap wajah Na Mi yang ketakutan. tangannya tak habis-habis mengusap pipi Jiyong.
"budak ni kan asyik curi hati aku je" kata Jiyong dalam hati. dia buat wajah garang dan mengerutkan dahinya. dia nak suasana ni berkekalan dimana dua orang ini saling berpandangan antara satu sama lain.
"awak marah ke?" soal Na Mi. dia masih mengusap lagi pipi Jiyong yang gebu.
"takk" kata Jiyong. senyuman lebar diukir. lega Na Mi. dia berhenti mengusap pipi Jiyong.
"hish saja je buat saya takut" kata Na Mi. dia sambung mencari lagi. cari apa pun tak tahu.
"aha! dah jumpaa!" kata Na Mi. sehelai kad yang sudah agak lusuh Na Mi tunjukkan di depan muka Jiyong.
"apa ni?" soal Jiyong.
"kad doktor tu" kata Na Mi
"ouh" kata Jiyong. dia meneliti kad yang hampir tak berupa kad.
"Hong Jisoo? perempuan ke lelaki ni?" kata Jiyong ketika ternampak nama pemilik kad itu.
"lelaki la" kata Na Mi.
"kenapa aku tengok macam nama Jisoo Blackpink je hehe" kata Jiyong. mulutnya ketawa kecil. dia diam sebentar ketika menyedari yang lawaknya sangat hambar
"okay ni alamat dia jom gerak" kata Jiyong.
"yeay jom!" kata Na Mi bersemangat.
"eh budak ni suka sangat kenapa boyfriend kau ada sebelah sini eh bukan kat klinik tu" kata Jiyong menyampah
"awak jealous ehh" kata Na Mi.
"jealous? what? aku nak jealous disebabkan mamat Jisoo tu? oh please you're mine" kata Jiyong
Na Mi tertawa gembira. berbunga bertaman bergembiralah hati dia.
SKIP
setelah sampai di sebuah bangunan dua tingkat yang agak mewah, Jiyong memberhentikan keretanya. Jiyong turun dan membuka pintu untuk Na Mi.
"betul kan klinik ni?" tanya Jiyong. tangannya bertindak memegang erat tangan Na Mi yang kecil.
Na Mi agak terkejut. tetapi dia turut menggenggam tangan Jiyong. badannya di dirapatkan lagi ke Jiyong serapat-rapatnya. amboi
"betullah saya ingat lagi tempat ni. naik tangga ni sampai tingkat dua, sampailah kat pejabat doktor Joshua." ujar Na Mi.
"doktor Joshua? sapa pulak tu? kau jangan curang dengan aku eh!" kata Jiyong menjarakkan dirinya daripada Na Mi.
"alaa bukanlah! dia Hong Jisoo. nickname dia Joshua. hish kuat jealous lah budak ni!" kata Jiyong memicit hidung Jiyong. kakinya terjinjit-jinjit kerana Jiyong agak tinggi daripadanya.
"auch! sakitlah!" kata Jiyong dan menepis tangan Na Mi. malangnya Na Mi hampir terjatuh memandangkan dia sedang menjinjitkan kaki.
"arghhhh" jerit Na Mi. sebelum dia jatuh kelantai, badannya disambut oleh Jiyong lembut. mereka berdua tersenyum.
"so many drama today HAHAHA" kata Jiyong. dia memeluk pinggang Na Mi dan mendaki anak tangga ke pejabat doktor Joshua bersama Na Mi.
tok tok tok
tiga ketukan dilakukan oleh Jiyong dipintu kaca yang agak kabur itu. beberapa minit kemudian, bayang-bayang manusia kelihatan daripada luar pintu.
"selamat datang" senyum doktor Joshua selepas membuka pintu untuk Jiyong dan Na Mi. Na Mi tersenyum lebar sejurus selepas terlihat muka doktor Joshua yang manis. Na Mi dan Joshua berpandangan mata.
Jiyong pandang mereka sebelah mata. serius dia cemburu. dia fikir macam mana nak leraikan mereka berdua ni. naik lemak pulak perempuan ni. kau tengoklah, aku carik doktor lain nanti.
"tak nak ajak kami masuk ke?" kata Jiyong.
"ouh ya silakan masuk" kata Joshua dan memberi ruang untuk kedua manusia itu masuk. dia duduk di tempat duduknya yang selesa.
"jemput duduk kat situ" arah Joshua dan menunjukkan 2 kerusi di hadapannya untuk mereka duduk.
"now, siapa yang nak saya rawat? awak?" soal Joshua dan menundingkan jari kepada Jiyong. what the hell? bisik hati Jiyong. siapa yang gila sekarang ni?
[TO BE CONTINUED]

YOU ARE READING
[ C + Sad ] Aku G-Dragon + Kwon Jiyong
FanficGenre: Sad Main Cast: Big Bang G-Dragon, Ulzzang as Kim Na Mi Supporting Cast: BTS Suga and Jhope, Ulzzang as Kwon Young Ji. Wanna One Ong Seungwoo Extra Cast: Kwon Ji Sung, Jung Hyi Won. seorang remaja yg sosial. tak fikir pasal masa depan. ada per...