setelah 3 tahun Jiyong hidup tanpa Na Mi, hatinya tergerak untuk membawa pulang Na Mi ke rumahnya. dia nak kahwin sangat dengan Na Mi.
Jiyong sangat teruja untuk kerumah Na Mi. dia pakai segak segak untuk melamar Na Mi didepan omma appanya. kereta dipandu kerumah bakal mak mertua. Jiyong bersiul gembira.
sampai sahaja dirumah Na Mi, kelihatan seorang jejaka sedang memimpin seorang perempuan yang mengandung. ternyata perempuan itu adalah Na Mi. riak wajah Na Mi menunjukkan dia sudah bahagia sekarang. terjatuh cincin yang Jiyong pegang.
mereka yang terlihat Jiyong diluar pagar terus pergi kearah Jiyong. Na Mi berjalan dengan berhati-hati agar tak jatuh. lelaki itu langsung tak melepaskan lengan Na Mi dan memimpin Na Mi.
"mana janji kita dulu?" soal Jiyong.
"awak ni siapa? janji apa?" tanya Na Mi pula. dia mengusap perutnya yang sudah sarat itu.
"awak tak kenal saya Na Mi?" kata Jiyong kecewa.
"saya tak kenal awaklah" kata Na Mi yakin dengan ingatannya. dia yakin lelaki yang berada didepannya ini memang tidak dikenali.
"sampai hati awak Na Mi. 3 tahun dulu, saya hantar awak balik kerumah ni, dengan harapan awak sembuh daripada penyakit awak, tapi awak dah lupa dengan janji janji yang kite dah buat. janji yang kita lafaskan depan pagar ni! awak dan saya berjanji untuk terus setia! tapi apa awak dah buat? siapa lelaki ni? anak ni, anak siapa awak kandungkan ni!?" kata Jiyong mental.
"lelaki ni suami saya! semestinya anak dalam kandungan ni anak saya!" jelas Na Mi. Jiyong terduduk. air matanya jatuh kebumi.
"kenapa dia buat aku macam ni? aku tak berhak bahagia ke?" soal Jiyong pada dirinya sendiri.
dengan hati yang berkecai dia cuba balik sambungkan hatinya dan pulang kerumah. dah tak ada gunanya dia merayu kepada Na Mi untuk meraih cinta yang Na Mi sendiri dah lupakan.
belum sempat Jiyong melayan perasaan patah hatinya, tiba-tiba dia batuk. batuk dan batuk banyak kali. sehingga tekaknya sakit. dia batuk lagi. dia menutup mulutnya ketika batuk. alangkah terkejutnya, dia batuk berdarah.
Jiyong yakin mesti akan jadi sesuatu. dia cepat cepat masuk ke kereta dan memandu ke hospital. sampai di hospital dia terus membuat appointment dengan doktor.
"Encik Kwon, awak ada penyakit barah hati tahap 4" kata kata doktor itu membuatkan Jiyong macam dah tak nak hidup. lebih baik dia mati saja. dengan hidup yang tunggang langgang, dan penyakit yang tinggal tunggu masa saja untuk mati.
sisa sisa hidup Jiyong dihabiskan dengan memakan ubat yang pahit dan ulang alik ke hospital untuk membuat rawatan. semuanya dibuat seorang diri.
dah 3 tahun lebih, Yoongi masih belum pulang. ternyata Jiyong bukanlah orang penting kepada siapa siapa. dulu dia hanyalah sampah masyarakat yang merosakkan diri sendiri dengan tabiat merokok dan mengambil dadah. sekarang dia hanyalah pesakit menghidap barah hati yang sangat menyedihkan.
setiap hari, dia batuk berdarah. menahan derita penyakit seorang diri. pada suatu hari, seorang budak yang dinantikan kepulangannya pulang berjumpa Jiyong.
"hyung! aku dah balik! selepas 3 tahun, aku dah pandai dan dah boleh waris syarikat!" teriak Yoongi daripada luar. Jiyong yang terlantar dibilik tersenyum dengan kata kata Yoongi
"hyung kat mana?" soal Yoongi dan mencari Jiyong didapur.
dengan kudrat yang sedikit, Jiyong cuba bersuara. "dalam bilik Na Mi" katanya perlahan.
Yoongi yang terlompat lompat terkejut apabila melihat Jiyong terlantar bagai mayat hidup dengan muka yang pucat.
"hyung kenapa ni!?" soal Yoongi risau.
![](https://img.wattpad.com/cover/119851458-288-k776014.jpg)
YOU ARE READING
[ C + Sad ] Aku G-Dragon + Kwon Jiyong
Fiksi PenggemarGenre: Sad Main Cast: Big Bang G-Dragon, Ulzzang as Kim Na Mi Supporting Cast: BTS Suga and Jhope, Ulzzang as Kwon Young Ji. Wanna One Ong Seungwoo Extra Cast: Kwon Ji Sung, Jung Hyi Won. seorang remaja yg sosial. tak fikir pasal masa depan. ada per...