Lapor Diri

872 41 0
                                    

Fira tiba di pejabat polis Damansara. Setelah mematikan enjin kereta, dia turun dari kereta. Dia mengemaskan sedikit tudung dan pakaian yang dipakainya. Terasa bahang panas kerana memakai kostum polis. Maklumlah. Untuk hari pertama kerja. Setelah berpuas hati, dia masuk ke pejabat polis itu dengan debaran di dada yang semakin kencang. Berdebar dadanya. Dia menuju ke arah seorang perempuan berselendang hitam yang sedang mengemas fail. Dia pun menegur perempuan itu.

"Assalamualaikum...Minta maaf ganggu. Boleh saya tanya kat mana sesi lapor diri diadakan?" tanya Fira dengan penuh sopan. Perempuan itu menoleh ke arahnya dan memberikan senyuman. "Waalaikumussalam...Awak boleh tunggu saja di sini. Sekejap lagi ketua datang." ujar perempuan itu lalu menarik kerusi roda dan mempersilakan Fira duduk. Fira pun menurut.

Setelah hampir 20 minit menunggu, barulah ramai berkumpul di situ dan sesi lapor diri dimulakan. Kelihatan seorang anggota polis yang memakai lencana sarjan mejar berdiri di hadapan semua pelatih. "Assalamualaikum dan selamat sejahtera..." ucap Sarjan Mejar itu. Suaranya amat garau. "Waalaikumussalam dan selamat sejahtera..." ucap semua yang berada di situ menjawab salam dan mengucap selamat sejahtera.

"Saya Sarjan Mejar Khalif. Saya di sini untuk memberikan keterangan kepada kamu semua bahawa mulai hari ini bermulalah lembaran baru kamu semua sebagai seorang anggota polis dan juga detektif di pejabat polis ini. Saya tahu bukan mudah untuk kamu semua berjaya menjejakkan kaki di sini. Kamu semua telah berusaha." ujar Sarjan Mejar Khalif. Semua yang berada di situ termasuk Fira mengangguk tanda mengiyakan kata-kata Sarjan Mejar Khalif. Memang benar. Bukan mudah untuk berjaya dalam bidang ini kerana ia memerlukan kecekapan, ketelitian, keberanian dan kecemerlangan.

Sarjan Mejar Khalif menyambung lagi. "Kamu semua sudah tahu dan dah hafal undang-undang dan akta-akta, bukan?" tanya Sarjan Mejar Khalif. Semua mengangguk lagi. "Antara undang-undang yang penting adalah mengutamakan keselamatan mangsa atau saksi jenayah. Bukan itu sahaja, malah kamu tidak dibenarkan bertindak tanpa arahan ketua. Contohnya, bertindak meluru untuk menangkap suspek tanpa bukti yang kukuh. Kalau boleh saya tak nak ada walau satu pun kesilapan yang boleh membuatkan kes gagal. Kamu semua faham?" ujar Sarjan Mejar Khalif. "Faham, tuan." ujar semua serentak.

Selesai sahaja sesi lapor diri dan setiap seorang ditetapkan dalam kumpulan masing-masing yang diketuai seorang ketua dalam setiap kumpulan, semua pelapor diri dibenarkan menukar kostum yang dipakai. Sungguh...Sangat panas memakai kostum polis ini. Fira pun keluar dari pejabat polis itu menuju ke keretanya untuk mengambik beg pakaian kecil yang dibawanya. Kemudian, dia membawa beg itu dan menuju ke bilik persalinan perempuan untuk menukar pakaian.

Selesai menukar pakaian, dia berdiri di hadapan cermin sambil mengemaskan selendang yang dipakai. Ketika itu, terdapat ramai pelatih dan juga anggota polis perempuan yang menukar pakaian dan mengemaskan rambut dan tudung. Tiba-tiba, Fira disapa oleh seseorang.

"Awak lapor diri tadi kan?" tanya seseorang itu. Fira menoleh ke arah orang itu. Kelihatan seorang gadis yang rambutnya diikat dan tersenyum di hadapannya. Wajah gadis itu ada iras bangsa cina. Tapi fasih berbahasa melayu. Fira pun menjawab. "Ya. Awak pun sama tadi kan?" tanya Fira pula. "Kita samalah. Tak payahlah panggil 'saya' 'awak'. Panggil 'aku' 'kau' je. Nama aku Xiao Kim. Panggil Kim je. Nama kau apa? " tanya gadis yang memperkenalkan diri itu sambil tersenyum.

"Panggil Fira je. Selamat berkenalan. Tadi kau kena assign dengan kumpulan mana?" tanya Fira setelah memperkenalkan diri. "Aku kena assign dengan ketua yang namanya tak salah aku Encik Rahim. Kau pula?" tanya Kim. "Sama! Tapi saya dengar ada orang kata ketua kita tu garang... Harap-harap taklah..." ujar Fira. "Eh. Dahlah. Jom pergi kat meja kita. Nanti lambat takut kena marah pula." ajak Kim. "Jom." ujar Fira. Kemudian, mereka berjalan beriringan keluar dari bilik persalinan itu menuju ke meja mereka.

POLICE 1 [COMPLETED]Where stories live. Discover now