Kes Ketiga : Penculikan Artis Terkenal (Part 4)

396 21 0
                                    

Keesokan harinya...

"Professor... Tolonglah cari cap jarinya. Saya rasa dialah penjenayah." pinta Fira kepada Prof. Yahya, iaitu salah seorang ahli forensik. Pada ketika itu, mereka berada di bilik tidur Sharifah... untuk menyiasat.

"Masalahnya bukan cap jari dia je yang ada. Ada lagi cap jari lain." ujar Prof. Yahya sambil menjalankan tugasnya untuk mencari cap jari lelaki bertopi yang diceritakan oleh Fira dan Hakim tadi.

"Professor.... Saya nampak yang penjenayah tu tak pakai sarung tangan pun masa tu. Lepas tu, dia ada sentuh meja ni. Mesti ada cap jari dia." rayu Hakim pula.

"Okey. Okey. Kamu berdua tunggu saje ye? Saya akan tolong cari cap jari yang mana paling." ujar Prof. Yahya. "Thank you so much, Professor... Sayang, Professor." ujar Fira sambil tersenyum. Prof. Yahya pula tergelak kecil melihat gelagat Fira.

"Ye...ye... Tak payah nak bersayang sangat. Nanti isteri saya jealous." ujar Prof. Yahya sambil tergelak. "Ye...saya tahu Professor dah kahwin. Lagipun buat apa saya nak try Professor. Professor dah tua... Baik saya try Hakim ni. Ye tak?" usik Fira.

Hakim yang mendengar terpinga-pinga. "Apasal nama aku yang naik pulak ni?" ujar Hakim.

"Aku gurau jelah..." ujar Fira sambil tersengih. Prof. Yahya pula hanya ketawa dan menyambung tugasnya manakala Hakim buat muka.

"Dah. Dah. Kamu berdua pergi siasat tengok kalau-kalau penceroboh tu kalau dia ada ambil apa-apa ke. Sekarang!" arah Encik Rahim. Fira dan Hakim menurut.

"Apa agaknya yang penceroboh tu cari ye, Encik Rahim?" tanya Kim mendekati Encik Rahim.

"Entahlah...Kim. Saya pun tak tau apa tujuannya." ujar Encik Rahim sambil mengeluh.

"Entah-entah dia ambil clue yang dia tinggalkan tak?" ujar Redza pula.

"Mungkin juga..." ujar Encik Rahim.
________________________________

Pada waktu malam...

Fira menunggu keputusan di bilik Prof. Yahya. Perasaan ingin tahunya sangat tinggi hinggakan dia sanggup menunggu keputusan cap jari sampai malam.

Tidak lama kemudian, Prof. Yahya mula bersuara. "Fira! Dah jumpa..." ujar Prof. Yahya.

Fira yang mendengar terkejut dan terus bangun lalu mendekati Prof. Yahya untuk melihat keputusan cap jari.

"Betul ke muka dia yang ni? Yelah... Kamu kan ada nampak separuh wajah penceroboh tu." tanya Prof. Yahya.

"Sekejap." ujar Fira ringkas. Dia meletakkan tangannya untuk menutup pada bahagian mata gambar wajah pemilik cap jari itu. Dia mahu pastikan sama ada lelaki di dalam gambar itu orang yang sama atau tidak.

"Betul! Ni orangnya! Hebatlah, Professor." ujar Fira sambil tersenyum. Prof. Yahya pula tersenyum bangga mendengarnya.

"Naufal Iskandar Bin Hadri. Umur 28. Muda lagi... Kerja di pejabat CIM Sdn. Bhd. Okey! Dah dapat. Aku akan cari kau penjenayah..." ujar Fira dengan yakin sambil tersenyum sinis.

POLICE 1 [COMPLETED]Where stories live. Discover now