Kes Ketiga : Penculikan Artis Terkenal (Part 2)

320 20 0
                                    

Mereka berlima menggeledah bilik itu untuk mencari sesuatu yang boleh menjadi clue sama ada benar Sharifah Emily Ernida diculik atau tidak. Encik Rahim mencari di meja solek, Hakim mencari di meja kerja, Redza mencari di meja perabot televisyen, Kim pula mencari di almari pakaian manakala Fira pula mencari di rak buku. Pembantu rumah dan pengawal peribadi Sharifah Emily Ernida juga tolong mereka mencari. Namun, masih tidak dijumpai apa yang mereka mahu.

"Encik Rahim... Macam takde je clue dalam bilik ni... Ke ada kat ruang tamu?" ujar Redza. "Boleh jadi jugak." ujar Hakim bersetuju dengan kata-kata Redza.

"Kalau macam tu kamu berdua turun pergi cari kat ruang tamu atau bilik-bilik lain ke. Sebab rumah ni kan besar mesti ada banyak bilik. Hah! Sharifah Emily Ernida ada bilik privacy dia atau bilil study yang lain ke?" tanya Encik Rahim kepada pembantu rumah itu.

"Cik ada bilik privacy dia. Tapi... Boleh ke saya benarkan orang lain masuk? Sebab cik tak pernah benarkan sesiapa masuk bilik dia melainkan kami untuk bersihkan dan kemaskan bilik tu." ujar pembantu rumah itu.

"Benarkan je lah, mak cik. Nanti macam mana nak tolong polis." ujar pengawal peribadi itu pula kepada pembantu rumah itu.

"Kalau macam tu, bolehlah... Mari saya bawakan." ujar pembantu rumah itu dan berlalu meninggalkan bilik itu bersama Hakim dan Redza. Encik Rahim, Fira, Kim dan pengawal peribadi Sharifah Emily Ernida pula meneruskan pencarian di bilik itu.

Sedang Kim mencari di almari, dia ternampak sekeping lipatan kertas. Dia pun mengambil dan membuka lipatan kertas itu. "Apa ni? Resit ke? Aku ingatkan orang kaya tak simpan resit beli barang." ujar Kim pada dirinya sendiri. Dia membelek resit itu. Baru dia sedar ada lukisan di belakang resit itu. "Apa ni? Apasal macam... Ish! Tak mungkin." ujar Kim pada diri sendiri dan terus membawa resit itu kepada Encik Rahim.

"Encik Rahim tengok ni." ujar Kim. Encik Rahim pun memgambil resit itu daripada Kim. "Apa ni?" tanya Encik Rahim.

"Macam peta kan?" ujar Kim. "Peta? Penjenayah pun ada bagi peta sebagai hint ke?" tanya Fira yang ketika itu mendekati mereka.

"Peta ke? Tapi macam lukisan doodle." tanya Encik Rahim lagi. "Entahlah, Encik Rahim. Tapi ada tulis nama tempat kat bawah lukisan tu." ujar Kim. "Hmm... Simpan dulu resit ni. Kita cari clue lain." ujar Encik Rahim. Kim pun menyimpannya di dalam poket seluarnya.

Fira pula meninggalkan mereka dan menyambung pencariannya di rak buku. Sedang dia mencari, dia terjumpa sekeping kertas yang terselit di celah-celah buku. Dia pun mengambil buku itu untuk melihat kertas itu. "Haih... Asyik jumpa kertas je... Takde benda lain ke." ujar Fira pada dirinya sendiri.

"Kertas kosong je? Aku ingatkan apalah tadi." ujar Fira lagi pada dirinya sendiri. Dia pun menutup dan meletakkan kembali buku itu di tempatnya. Dia memandang ke arah kanan rak itu. Dia mula pelik.

"Apa tu? Rak ni pernah rosak ke?" tanya Fira perlahan agar tidak didengari orang lain. Dia pun mendekati lapisan kayu yang sedikit tebal seperti sudah dipaku dengan dinding rak itu dan satu benda bulatan warna grey di tepi lapisan kayu itu.

"Apa ni? Loceng ke?" tanya Fira lagi. Dia pun dengan teragak-agak menekan benda bulatan itu. Yang membuatkan dia terkejut ialah apabila dia menekan butang itu, secara automatik lapisan kayu yang disangkanya dipaku pada kayu itu terbuka.

"Encik Rahim!" panggil Fira. "Apa dia terjerit-jerit ni?" tanya Encik Rahim. "Tengok ni." ujar Fira. Encik Rahim pun mendekatinya. Bukan Encik Rahim sahaja, malah Kim dan pengawal peribadi Sharifah Emily Ernida juga turut mendekatinya. Mereka bertiga yang melihat pun terkejut.

POLICE 1 [COMPLETED]Where stories live. Discover now