프롤로그

31 2 5
                                    

Perlahan-lahan aku memanjat tembok tingkat ke 18 itu. Aku menunduk memerhatikan cahaya daripada lampu kereta yang berada di atas jalan raya.

Air mataku mengalir deras apabila teringat kenangan manis tapi merupakan paling pahit dalam hidupku. Aku mengusap lembut perutku itu.

Ya, aku hamil 3 bulan. Suara bisikkan syaitan yang terngiang-ngiang di telingaku itu seakan menjanjikan sebuah mahligai yang indah jikalau aku terjun daripada tingkat 18 itu.

Aku tidak mahu sebuah mahligai indah yang menanti diriku dan bayiku. Sebaliknya, aku hanya mahu melupakan kenangan pahit yang telah menghantui diriku 2 bulan lepas.

Aku cuba untuk bertahan demi diriku dan bayi di dalam rahimku ini . Namun, hanya kerana seorang lelaki yang hadir membawa 1 000 kenangan manis dan pahit itu telah membuatkan diriku rapuh.

Lelaki itu adalah cinta pertamaku dan lelaki itu yang mengajarku erti cinta, kasih sayang serta dendam dan kesakitan yang amat dalam tersemat di dalam hatiku ini.

Aku mengukir senyuman manis dan perlahan-lahan memejamkan erat kedua-dua belah mataku. Aku berpaling kebelakang lalu menjatuhkan diriku dari tembok apartment tingkat 18 itu.

"Goodbye, dear evil world . . . and . . . Park Jihoon "

KEESOKKANNYA . . .

" Mayat seorang wanita iaitu Lee Ae Kyung ditemui mati terjatuh daripada tingkat ke 18 apartment di busan ini. Lee Ae Kyung berumur 20 tahun dan dipercayai hamil 3 bulan. Pihak kami masih mencari ahli keluarga Lee Ae Kyung bagi menuntut mayat Lee Ae Kyung "

Lelaki itu menutup televisyen itu. Adiknya yang berada di sisinya itu merenung abangnya yang sedang menangis teresak-esak.

" Hyung okay ke?" Si adik bertanya kepada abangnya itu dengan berhati-hati. Si abang hanya memberi gelengan kepada si adik. Wanita yang dicintainya itu dalam diam selama 2 tahun, akhirnya membuat keputusan bodoh dengan membunuh dirinya sendiri hanya kerana seorang lelaki durjana yang bernama Park Jihoon.

" Hyung nak pergi tuntut mayat Ae Kyung" putus si abang lalu mengambil jaket yang terletak di atas sofa. "Andwae! Hyung kena ingat yang hyung seorang idol. Pasti wartawan akan serang hyung kalau hyung tunjukkan muka hyung dekat sana" Bantahan yang keluar daripada bibir si adik.

" Tapi . . . macam mana dengan mayat Ae Kyung?" Si abang mulai risau. " Haa, yang itu kita suruh manager nim yang uruskan" Si adik memberi cadangan bernas.

MALAM HARI . . .

Seorang individu yang mencurigakan memasuki bilik mayat tepat pada pukul 12 malam. Bilik mayat itu menempatkan mayatku. 

Individu tersebut membuka satu per satu kain yang menutupi seluruh tubuh mayat. Apabila dia membuka kain mayatku, dia membuka kain tersebut lalu memakaikan diriku yang kaku ini sehelai baju dress.

Mayatku dibawa lari oleh individu berkenaan dengan cepat sebelum orang lain akan tersedar daripada tidur mereka. 

Dia berhati-hati membaringkan mayatku di tempat duduk belakang di dalam kereta miliknya. Individu itu memandu keretanya dengan laju  ke sebuah rumah usang yang terletak di hujung bandar busan.

Di dalam rumah tersebut, terdapat seorang wanita tua yang sedang melakukan upacara menyembah roh. Ya, wanita tua itu adalah seorang bomoh yang agak handal.

Individu tersebut membawa masuk mayatku dan diletakkan dihadapan wanita tua itu. "Jadi, inilah orangnya? " Bomoh itu memerhatikan tubuhku yang kaku itu . 

Individu itu hanya mengangguk. "Tolong hidupkan dia semula. Dia tak boleh mati sebelum membalas balik perbuatan lelaki cilaka itu! " Lelaki itu berteriak dengan nada amarah.

" Baiklah, tapi dengan satu syarat. Pada malam hari, wanita itu harus memburu darah orang yang tidak bersalah bagi memberi makan kepada rohnya" Kata-kata daripada bomoh itu dibalas dengan satu anggukkan daripada si lelaki.

Lelaki tersebut menyerahkan botol yang berisi janin milikku. Botol tersebut bertukar tangan.

Bomoh itu mengambil jarum dan menyiat-nyiat janin tersebut hingga hancur. Janin yang telah hancur itu dimasuk ke dalam bekas yang terdapat darah anak gadis dan mayat yang rohnya tidak tenteram.

Bomoh itu mula membaca jampi nya bagi membangkitkan semula wanita di hadapannya itu daripada kematian. 

Wahai, si bunga mawar putih,

Bangkitlah engkau daripada tidurmu itu,

Agar kau dapat membalas dendam kesumat yang beraja di hatimu itu. 

Wahai, si bunga mawar putih,

Ingatlah roh di dalam badanmu itu hanya pinjaman,

Burulah darah manusia yang tidak bersalah agar dapat menghilangkan hausmu itu.

Wahai, si bunga mawar putih,

Aku menyeru agar kau bukalah matamu itu,

Supaya kau boleh jalankan pembalasan dendammu itu.

Bomoh itu menyimbah tubuhku dengan air darah yang dicampur dengan janin yang telah disiat-siat itu.

Dan terbukalah kedua-dua kelopak mataku dengan air mata darah yang berada di tubir mataku. Anak mataku berwarna merah pekat seakan warna darah. 

" Wahai lelaki durjana, aku sudah kembali dan aku akan pastikan kau menyesal kerana telah membuatku sebegini rupa "


HUNT (사냥)Where stories live. Discover now