Kyul Kyung yang sedang bersantai di rumahnya tersenyum apabila memasuki sebuah bilik rahsia yang tersorok di belakang almari bilik bacaan aku. Balang yang berisi jantung Eun Ki dibawa bersama dengannya.
Kyul Kyung meletakkan balang itu bersebelahan dengan balang yang mengandungi jantung serta usus Hanna , kawan baik Eun Ki dan dia bersubahat bersama dengan Eun Ki untuk memutuskan hubungan Jihoon dan Ae Kyung.
Mannequin yang mirip dengan wajah dan tubuh Ae Kyung dipandang sekilas. Mannequin itu dipakaikan dengan baju gaun pengantin serta sedikit solekkan untuk menaikkan lagi seri mannequin itu.
Terdapat bulatan yang dipenuhi dengan kelopak bunga ros di sekeliling mannequin itu. Kyul Kyung menatap mannequin Ae Kyung itu dengan perasaan sayu.
Kyul Kyung membaca beberapa jampi lalu dihembuskan kepada mannequin itu. Seketika muncul bayangan Ae Kyung dibelakang tubuh Kyul Kyung. Manakala Kyul Kyung cepat-cepat keluar dari bilik rahsia itu.
++++++++++
" Jihoon, saya cintakan awak . Bayi di dalam kandungan saya adalah darah daging awak sendiri " Ae Kyung memegang tangan Jihoon yang sedang terpinga-pinga itu.
" Saya juga cintakan awak, Ae Kyung " Jihoon memegang pipi Ae Kyung dan baru sahaja dia ingin mencium bibir Ae Kyung, Ae Kyung mengucapkan kata-kata yang amat mendalam. " Liar, If you love me you wouldn't trust anyone else except me "
" Ae Kyung ! Ae Kyung ! " Jihoon mulai mencari bayangan Ae Kyung yang tiba-tiba menghilangkan diri itu. Terasa pipnya ditepuk denga kuat hingga membuatkan dia terbangun.
Kelihatan Park Woojin dengan muka tidak bersalahnya selepas menampar pipi mulus Jihoon berada di sebelah Jihoon . " Kau dah kenapa terjerit-jerit nama Ae Kyung ? "
Park Jihoon cepat-cepat mengusap mukanya. Bayangan Ae Kyung masih muncul di dalam fikirannya. Bayangan Ae Kyung yang sedang tersenyum sinis ke arahnya.
Park Woojin mula pelik dengan tingkah laku Jihoon yang tiba-tiba kalut memakai pakaian tuxedo. " Jihoon kau nak pergi mana pagi-pagi buta ini ? " Park Woojin ingin mengejar Jihoon tetapi Jihoon menderum laju enjin keretanya menuju ke suatu tempat.
Jihoon membawa sejambak bunga bersamanya ke tempat perkuburan. Dia berdiri di sebuah tempat yang tertulis nama Ae Kyung dan juga terdapat gambar Ae Kyung di situ. DIa meletakkan bunga itu di hadapan gambar Ae Kyung.
Kyul Kyung yang sedang menyorok di belakang sebuah pohon hanya mengintai perlakuan Jihoon. Perasaan marah mula menerpa ke hatinya saat melihat Jihoon.
Jihoon mengesat air matanya saat mengenangkan peristiwa manisnya bersama dengan Ae Kyung. " Ae Kyung saya masih cintakan awak. Eun Ki hanyalah digunakan oleh saya untuk mengorek perbuatan sebenarnya "
Kyul Kyung mula menuju ke kubur Ae Kyung. Ingin sahaja dia membelasah Jihoon tetapi dia harus hormat kawasan ini dan supaya rahsianya tidak terbongkar.
Jihoon terkejut saat melihat wajah Kyul Kyung. " Her relatives? " Tanya Jihoon kepada Kyul Kyung. Kyul Kyung hanya mengangguk sambil tersenyum memandang kubur kakaknya.
" Oh, saya adik kembarnya. Encik pula ? " Kyul Kyung bertanya walaupun dia telah mengetahui siapa sebenarnya Jihoon. Jihoon tergamam melihat senyuman Kyul Kyung.
Hatinya tiba-tiba berdebar. " Kawan satu universiti " Jihoon membalas dengan ringkas seakan-akan dilihatnya ini adalah diri sebenar Ae Kyung. Mahu sahaja dia memeluk tubuh Kyul Kyung dan menyatakan betapa rindunya dia kepada Ae Kyung.
Ditahan sahaja niatnya itu kerana takut roh Ae Kyung ternampak perbuatannya yang tak senonoh ini. Kyul Kyung berjalan meninggalkan Jihoon yang masih lagi terpinga-pinga. Lambat laun Jihoon akan mencarinya jua.
YOU ARE READING
HUNT (사냥)
Horreur"Aku akan balas dendam dan ingat balasan kau tertumpu kepada berapa tompok darah yang mengalir keluar dari tubuhku" Cinta benar-benar buat hidupnya terseksa. Kerana cinta, dia hamil anak luar nikah. Kerana cinta, dia mengambil keputusan untuk membun...