제 1 장 : THE BEGINNING

13 0 0
                                    

Setahun sebelum Ae Kyung membunuh dirinya . . .

Aku sedang berlari dengan kelajuan yang penuh menuju ke hentian bas. Aku sudah lewat untuk kelas pagi dan pasti aku akan dimarahi oleh pensyarahku.

Bas sudah tiba dan aku juga sudah selamat menaiki bas itu ke Chung Ang University. Keadaan di dalam bas amat sesak dan semua penumpang terpaksa berhimpit.

Aku berdiri di sebelah seorang lelaki yang sedang ralit bermain telephone. Siap bertopeng bagai lelaki tersebut. Aku berpaling lalu menikmati pemandangan di luar. Meskipun pemandangan itu yang selalu ditatap olehku hampir setiap hari.

Sesampai sahaja di destinasiku, aku terus berlari keluar daripada bas. Kelihatan Eun Ki sudah siap bersedia menunggu kehadiranku di hentian bas itu.

" Yah! Lee Ae Kyung!" Eun Ki menjerit apabila melihat kehadiranku . Aku berlari anak ke arah Eun Ki yang berada di dalam mood baiknya pagi ini. "Ppali kita dah lambat ni!" gesa Eun Ki sambil menarik tanganku untuk berlari bersama-sama menuju ke kelas. "Sabarlah, Eun Ki!" 

Kami akhirnya sampai di dalam dewan belajar 1 minit sebelum kelas bermula. Aku mengambil aliran Psychology. Manakala, Eun ki pula mengambil aliran Sociology. 

Dan kami terpisah ke dewan belajar yang berlainan. "Good morning!" Aku berkata dengan teruja saat tiba di kelas. "Good morning, Ae Kyung!" balas kawan sekelasku itu.

Aku mengambil tempat duduk di sebelah Jaehyun yang tersenyum memandangku. "Lee Ae Kyung! Kau berlari lagi ke hari ni?" Jaehyun meneka saat melihat peluh di dahiku. "Haah, wae?" Aku membalas pertanyaannya itu sambil mengeluarkan buku dan nota daripada begku.

"Pandang sini" Jaehyun berkata lalu aku hanya menurut lalu mempalingkan badanku menghadap ke arah Jaehyun . Si dia mula mengemaskan rambutku yang tadinya kusut akibat berlari.

"Gomawo, Jaehyun" Ucapanku dibalas dengan senyuman yang terbit di bibirnya itu. Kami mula menumpukan perhatian sebaik sahaja pensyarah sudah memasuki kelas .

Tiba-tiba ada orang mengetuk pintu. Dan muncullah pengetua Kim Taehee di hadapan kelas . " Baiklah semua, ini adalah sunbae kamu yang mengambil aliran Psychology" Pengetua Kim Taehee berkata-kata sambil tersenyum manis ke arah kami.

Sekumpulan remaja memasuki dewan belajar aliran psychology. "Omo! Itu bukan Park Ji hoon ke?" bisik semua pelajar perempuan kecuali diriku yang tercenggang melihat budak-budak tersebut .

Lelaki remaja yang dikenali sebagai Park Ji hoon itu, mara ke depan ke tempat dudukku. Dia menghulurkan sebuah kotak hadiah kepadaku.

" Lain kali, jangan cuai sangat sampai tertinggal telefon bimbit di dalam bas" bisik Park Jihoon di telingaku.

Merah pipiku apabila budak Ji hoon itu berkata sebegitu. Malu sangat! Sangat-sangat! Tapi dalam masa yang sama aku bersyukur kerana Park Ji hoon telah memulangkan kembali telefon bimbitku ini.

Dia membuka kotak hadiah tersebut lalu membelek telefon bimbitku. " Okay, enough with those gossip. Let's continue our learning" ujar Pensyarah Yoon Ji sung. 

Skip

Aku melangkah keluar daripada dewan belajar. Namun ditahan pula oleh seorang lelaki yang telah memberi kembali telefonku tadi.

" Awak nak apa?" Aku berasa agak terganggu dengan cara lelaki itu. " What's your name? " Lelaki itu bertanya dengan lagak poyo. 

" I don't tell my name to strangers " Aku ingin berlalu dari situ. " We're not strangers anymore. I can be your friends " Lelaki bernama Park Jihoon itu terus-terusan mengikutiku ke perpustakaan.

" Why're you following me? "Aku berasa agak rimas dengan kelakuan lelaki itu. " I just want to know your name. That's all and then i'll leave " .

" Lee Ae Kyung " Aku menjawab dengan acuh tak acuh . " And i'm Park Ji Hoon. Nice to meet you, Ae Kyung " Selesai mengucapkan itu, Ji Hoon berlalu pergi.

" Weirdo " ucapku. Namun, disebalik itu ada segaris senyuman yang menghiasi wajahku.

HUNT (사냥)Where stories live. Discover now