" Yow, Jihoon! Berangan apa tu? " teriak seorang lelaki bermata sepet kepada kawannya yang dikenali sebagai Jihoon itu.
Jihoon hanya tersenyum saat mengingati kembali pertemuan pertamanya dengan gadis yang telah menambat hatinya itu iaitu Lee Ae Kyung.
Namun, wanita itu telah pergi untuk selama-lamanya selepas 2 minggu mereka berpisah. Bukan kehendaknya untuk berpisah dengan wanita yang dicintainya itu.
Namun, demi karrier nya sebagai seorang pelakon dan penyanyi yang diidam-idamkan olehnya sejak daripada kecil lagi telah menghalangnya daripada bertanggungjawab ke atas kesilapan mereka berdua.
" Jihoon, kau teringatkan pasal Ae Kyung noona ke? " tanya lelaki bermata sepet itu. " Woojin, perasaan aku bercampur baur. Mungkin aku ada rasa lega sebab bayi itu dah tiada. Tapi kenapa Ae Kyung noona mesti pergi sekali. Kalaulah malam itu kami tak terlanjur, mesti Ae Kyung noona masih hidup lagi . . ."
" Kami dah rancang nak pergi bercuti di mana, wedding kami macam mana dan banyak yang kami dah rancang bersama. Tapi dia dah pergi dulu sebelum sempat dia merasa semua itu " sambung Jihoon.
Air matanya tidak dapat dikawal saat teringatkan kenangan manisnya bersama dengan wanita yang dia cintai. Dia harus akui keputusannya untuk berpisah dengan Ae Kyung merupakan keputusan paling bodoh yang dia pernah lakukan.
" Jihoon, janganlah macam ini. Aku tahu kau sedih sangat apabila Ae Kyung noona dah tak de. Tambahan lagi, mayat dia hilang dan tidak dapat dikesan. Tapi kau kena kuat untuk teruskan hidup kau " ujar Woojin kepada sahabatnya itu.
Jihoon mengesat air matanya menggunakan hujung bajunya. Telefonnya dihidupkan lalu dia merenung gambar ultrasound kandungan Ae Kyung yang baru mencecah 3 bulan itu.
' Maafkan appa, sayang. Appa tak berniat nak tinggalkan aegi dengan omma ' luah Jihoon di dalam hatinya. Perasaan bersalah kembali memenuhi ruang di hatinya itu.
Namun, saat dia sedang memejamkan matanya dan melayan semua perasaan yang terpahat di dalam hatinya itu, ada satu bayangan wanita yang kelihatan seperti Ae Kyung berlumuran darah dan ususnya terkeluar menghulurkan janin bayi yang belumuran darah juga dan sudah tersiat-siat dengan jarum memenuhi ruang fikirannya itu.
Segera Jihoon mencelikkan matanya itu. Meremang bulu romanya saat teringat kembali wanita itu. Mungkinkah itu Ae Kyung yang ingin membalas dendam terhadap perbuatan hinanya itu?
" Hah! Yang muka kau cuak semacam ini dah kenapa? Nampak hantu ke? " tanya Woojin yang tak reti nak menggunakan bahasa yang elok sikit.
" Kau ni kan! Cubalah guna bahasa yang elok sikit. Dibuatnya benda itu datang dekat kau malam ni. Mahu terjerit-jerit macam orang gila " ujar Jihoon yang kelihatan sedang menenangkan dirinya.
Skip
Seorang wanita berambut panjang itu memasuki apartment milikku suatu ketika dahulu. Jiran-jiran disebelah rumah a.k.a makcik-makcik bawang menggerumuni pintu rumah kediamanku untuk melihat gerangan wanita itu.
" Cik, pasti ke nak duduk dekat dalam rumah ini? " ujar si pemilik apartment tersebut. "Kenapa? Tak boleh ke saya duduk dalam rumah mendiang kakak saya? " ujar wanita itu lalu membuka cermin mata hitamnya itu.
Semua yang berada di situ terkesima apabila melihat wajah wanita itu yang amat mirip denganku kecuali rambutnya. " Saya adalah adik kembar Lee Ae Kyung. Nama saya adalah Lee Kyul Kyung. Selamat berkenalan semua " ujar wanita itu sambil tersenyum ramah.
" Se . . .selamat berkenalan juga Cik Kyul Kyung " kata si pemilik apartment. Makcik-makcik bawang yang berada di situ, semuanya melarikan diri. Mungkin ingin menyebarkan khabar angin lagi kot.
" Jadi bila boleh saya cop dokumen apa semua " kata Kyul Kyung. " Datanglah bila-bila masa di pejabat saya. Ini kunci rumah cik Kyul Kyung. Kalau ada apa-apa boleh hubungi saya " ujar si pemilik apartment itu lalu berlalu dari kediaman Kyul Kyung.
Kyul Kyung menutup pintu rumah. Dia membaringkan tubuhnya di atas katil yang dulunya kepunyaanku .
" I'm back . . . "
" . . . for my revenge"
YOU ARE READING
HUNT (사냥)
Horror"Aku akan balas dendam dan ingat balasan kau tertumpu kepada berapa tompok darah yang mengalir keluar dari tubuhku" Cinta benar-benar buat hidupnya terseksa. Kerana cinta, dia hamil anak luar nikah. Kerana cinta, dia mengambil keputusan untuk membun...