Seorang perempuan sedang mengoles lipstick di bibirnya. Dia menguntum senyuman saat loceng rumahnya berbunyi pasti itu adalah Jihoon!
Dia kelihatan teruja untuk membuka pintu. Tapi dia tidak tahu ada sesuatu sedang menunggu darahnya untuk dijadikan habuan malam itu.
Dia membuka pintu rumahnya dengan senyuman yang manis untuk menyambut kedatangan cinta hatinya. Namun hampa, tiada sesiapa yang berada di pintu rumahnya . Terdapat sekeping nota di atas lantai rumahnya.
Dia mencapai nota tersebut. Bulu romanya meremang saat membaca isi di nota tersebut. " You do owe me " Tulisan itu ditulis dengan darah dan bau kertas itu hanyir sekali. Eun Ki cepat-cepat mengunci pintu rumahnya.
Saat dia ingin menuju ke tangga rumahnya, dinding rumahnya yang ditampal wallpaper itu terdapat mesej yang sama seperti di nota itu. Bau hanyir mula menusuk ke dalam hidungnya.
Serta merta satu lembaga yang menyerupai Ae Kyung yang sedang berpakaian gaun pengantin muncul di hadapannya. Ae Kyung kelihatan begitu menawan sekali tetapi darah membuak keluar memperlihatkan di bahagian celah kangkangnya.
Gaun Ae Kyung yang tadinya berwarna putih kini dibasahi dengan darah. " You do owe me . . . " Ae Kyung mengulangi ayat itu berkali-kali hingga membuatkan Eun Ki menutup telinganya sambil menangis teresak-esak.
" Kenapa kau datang balik, Ae Kyung ?! Kau dah lama mati ! Jangan kacau aku lagi ! " Eun Ki ingin melarikan diri, namun pintu rumahnya dikunci rapat daripada luar. Lembaga itu semakin dekat dengan Eun Ki.
" You do owe me . . . " Mata Ae Kyung mula dipenuhi dengan darah. Dia mengeluarkan janin bayinya dan dihulurkan kepada Eun Ki. Eun Ki mula menjerit ketakutan saat melihat janin yang masih berdarah dan berlendir itu di hadapan matanya sendiri.
Leher Eun Ki dicengkam dengan kuat. Tubuh Eun Ki terangkat dan Eun Ki mula kehilangan nafasnya. Dosa-dosa lalunya tidak boleh dimaafkan oleh Ae Kyung.
Dia ingatkan Eun Ki adalah sahabat sehidup sematinya . Namun dia silap rupa-rupanya Eun Ki juga boleh menjadi musibat kepada hidupnya.
Eun Ki mula merayu dengan suara tersekat sekat . Kini baru dia menyesal dengan perbuatan lalunya. Ae Kyung menurunkan Eun Ki.
Dada Eun Ki dicucuk menggunakan kuku tajamnya. Eun Ki menghembuskan nafas terakhirnya dengan melihat Ae Kyung mensiat-siat kulitnya. Ae Kyung mengambil keluar jantung Eun Ki dan dia menghilangkan dirinya setelah dendamnya terbalas.
Jihoon yang baru sampai di hadapan rumah Eun Ki mula menekan loceng. Jihoon mulai geram dengan sikap Eun Ki yang disangkakan telah tidur dan melupakan temu janji mereka malam ini.
Bulu romanya menegak saat dia perasan akan kehadiran susuk tubuh yang mencurigakan. Susuk tubuh itu merupakan wanita berambut panjang hingga menutupi mukanya dan dia berpakaian putih serta berjalan dalam keadaan yang mencurigakan.
" Park Jihoon . . . " Satu suara mula menerpa ke telinga Jihoon. Suara itu adalah suara Ae Kyung. Dia cuba untuk mencari wanita itu tetapi wanita itu tiba-tiba menghilangkan diri.
Jihoon yang berasa tidak sedap hati mula memasuki ke dalam keretanya dan meluncur laju ke sebuah kelab malam yang terkenal di tengah-tengah kota raya Gangnam itu.
Dia disambut dengan meriah sekali oleh pengunjung di kelab malam itu. Dia mula meneguk minuman keras dengan rakus sekali. Fikirannya kusut memikirkan tentang Ae Kyung. Betulkah semua benda yang diceritakan oleh Eun Ki tentang Ae Kyung adalah benar ?
YOU ARE READING
HUNT (사냥)
Horror"Aku akan balas dendam dan ingat balasan kau tertumpu kepada berapa tompok darah yang mengalir keluar dari tubuhku" Cinta benar-benar buat hidupnya terseksa. Kerana cinta, dia hamil anak luar nikah. Kerana cinta, dia mengambil keputusan untuk membun...