" Seorang wanita berumur 23 tahun dijumpai mati di dalam biliknya pada waktu 2.00 pagi tepat dalam keadaan yang amat mengerikan. Tiada setitik darah pun ditemui dalam badannya. Rahim dan jantungnya juga hilang. Kesemua ususnya terkeluar. Ahli keluarga mangsa memberitahu pihak polis bahawa mangsa telah masuk tidur pada pukul 10 malam sebaik sahaja pulang daripada perpustakaan. Itu sahaja maklumat yang kami dapati daripada pihak polis. Sekian "
Kyul Kyung melangkah keluar daripada teksi lalu berjalan laju menuju ke balai polis. " Saya nak berjumpa dengan Ketua Inspektor Bae Jinyoung " . " Tunggu sebentar ye, cik " kata seorang pegawai polis.
" Pejabat Jabatan siasatan jenayah betul-betul di hadapan tangga utama di tingkat 2. Akan ada beberapa orang detektif akan menemani cik setibanya cik berada di sana " Pegawai polis tersebut memberikan arah kepada dia.
" Nae, kamsahamnida " Kyul Kyung berlalu menuju ke tangga yang ditunjukkan oleh pegawai polis itu tadi.
Dia mendaki tangga tersebut menuju ke pejabat Jabatan siasatan jenayah Seoul. Seperti yang dikatakan oleh pegawai polis tersebut, terdapat 2 orang detektif yang sedang menunggu kedatangannya dengan muka yang pelik.
" Cik Lee Kyul Kyung? " tanya detektif tersebut dengan muka yang pelik. " Ye, saya. Kenapa detektif pandang saya macam tu?" soal Kyul Kyung.
" Oh, sebab muka Cik Kyul Kyung seiras dengan muka Cik Ae Kyung " Seorang detektif yang kelihatan agak segak di mata Kyul Kyung menjawab pertanyaan Kyul Kyung. " Kami kembar seiras " ujar Kyul Kyung.
skip
" Macam mana, mayat eonnie saya boleh hilang ?! Macam mana awak semua buat kerja sampai mayat pun boleh hilang ?! " Kyul Kyung naik angin apabila mendapat tahu tentang berita tersebut.
" Tenang , cik. Anggota polis kami sedang melakukan yang terbaik bagi mengesan mayat mendiang Cik Ae Kyung " Ketua Inspektor Bae Jinyoung berkata dengan tenang.
" Awak suruh saya tenang ?! Bayangkan kalau mayat salah seorang ahli keluarga awak hilang apa yang awak akan lakukan ?! " Kyul Kyung mulai naik berang dengan sikap ambil lewa anggota polis itu.
Dia masih tidak puas hati dengan cara Ketua Inspektor itu. Baginya dia hanya membuat kerja dengan sambil lewa dan makan gaji buta !
" Siasatan akan dijalankan lagi. Kalau kami terjumpa apa-apa , kami akan hubungi Cik Kyul Kyung , ye " Ketua Inspektor Bae Jinyoung cuba untuk menghalau gadis yang bersikap panas baran ini.
Dia rimas dengan tindakan gadis ini. Mahu saja dia heret Kyul Kyung ini keluar. Tapi muka Kyul Kyung yang betul-betul mirip dengan muka mendiang Ae Kyung menimbulkan sedikit keraguan di dalam hatinya.
Betul ke yang Ae Kyung sudah meninggal ? Kedudukkan tahi lalat di hujung mata mereka amat mirip. Malahan muka, ketinggian dan berat badan mereka sangat sama serta tiada perbezaan langsung.
Tapi dia sudah mengesahkan kematian Ae Kyung di tempat kejadian. Mungkin mereka ini kembar terlebih iras rasanya.
Ketua Inspektor Bae Jinyoung meneliti kembali fail yang terkandung kes Ae Kyung . Dia mahu menyelesaikan kes ini secepat mungkin supaya dia boleh menyelesaikan kes lain pula.
YOU ARE READING
HUNT (사냥)
Horror"Aku akan balas dendam dan ingat balasan kau tertumpu kepada berapa tompok darah yang mengalir keluar dari tubuhku" Cinta benar-benar buat hidupnya terseksa. Kerana cinta, dia hamil anak luar nikah. Kerana cinta, dia mengambil keputusan untuk membun...