Part 2

1.9K 106 9
                                    

Zara baru sahaja sampai di pejabatnya ketika dia mendapat panggilan dari kawan baiknya,Riena. Riena memaklumkan dia tidak dapat datang pada hari itu kerana ada kecemasan di rumah. Nasib baik Zara sudah menyiapkan semuanya untuk menyambut kedatangan orang penting yang akan menjadi penderma utama pusat mereka.

“Puan Zara,penderma kita sudah datang..” Bella pembantunya.

“Ok.” Zara senyum.

Kemudian Zara dan Bella bergegas keluar. Penderma yang di maksudkan kini sudahkan berada di luar pintu utama.

“Bella,mana satu penderma utama kita? Macam ramai pula..” Zara senyum pada tetamu yang datang.

“Itu dia..yang pakai dress serba merah tu. Madam Kimberly Jorim..” Bella.

“Oh dia! Wow! She look so gorgeous! ” Zara terpegun dengan kejelitaan perderma utama itu.

Zara berjalan laju cuba menghampiri Kimberly Jorim. Wanita itu di kerumuni dengan kanak-kanak riang.

“Selamat datang Madam Kimberly Jorim..Saya Zara Lowrance,salah seorang pengasas komuniti ini!” Zara menyapa mesra.

“Please call me Berly.” Berly senyum.

“Please come with me Berly..” Zara.

Kedua wanita itu kemudian meninggalkan sekumpulan kanak-kanak tadi dan terus berjalan menuju ke pejabat Zara.

“Please have a seat..” Zara.

“Thank you..” Berly.

“Coffee or tea? Or orange juice?” Zara

“Just Tea..thank you Zara..” Berly.

Zara kemudian menuangkan tea panas yang sudah di sediakan oleh Bella tadi. Dia menghidangkan secawan tea untuk Berly san secawan lagi untuk dia.

“Sebelum tu saya mau ucap terima kasih sebab kamu sudi ambil berat dan dermakan sejumlah dana untuk pusat kami. Saya pasti semua kanak-kanak tu mesti gembira!” Zara.

“Zara,I do it not just for me or for fun. I do it sebab saya tahu pusat kamu menjalankan semua  tanggungjawab dan betul-betul lakukan untuk kanak-kanak ini. Sebelum ni saya jumpa banyak pusat tapi sayangnya kebanyakkan pusat ditubuhkan hanya untuk kepentingan sendiri. Bukan sebab untuk membantu. Saya sudah tengok latar belakang pusat kamu ni dan saya kagum dengan usaha kamu selama beberapa tahun ini.” Berly bercakap dengan tenang.

“Kami lakukan yang terbaik untuk membantu anak-anak istimewa yang terbiar. Kami tubuhkan pusat sebab kami tahu kanak-kanak istimewa ni perlukan bantuan,sokongan dan perlindungan.” Zara.

'Ya..itu yang saya kagum dan terus membuat keputusan untuk salurkan derma semata-mata untuk membantu mereka.” Berly.

“Madam Berly memang seorang wanita yang prihatin dan baik hati..saya betul-betul terharu dan bangga..” Zara.

“Ini adalah hasil kerjasama antara saya dan husband saya. Christian Jorim. Dia memang mau datang hari ni,tapi tadi pagi tiba-tiba ada kecemasan pula. Jadi saya datang sendiri saja. Urmm..Zara,sebelum kita lanjutkan perbincangan kita,Christian ada nyatakan syarat khusus..” Berly.

Senyuman Zara mulai hilang.

“Syarat?” Zara.

“Ya.” Berly

“Apa syaratnya?” Zara

“Christian tidak mahu kamu umumkan pada mana-mana pihak tentang hal ini. Dia tidak mahu menghebohkan tentang derma ini.” Berly

“Tapi kamu menderma dengan jumlah yang sangat banyak! Kami sepatutnya mengadakan majlis untuk itu!” Zara terkejut.

“Zara,saya harap kamu faham. Christian mahu hal ini di rahsiakan. Husband saya tidak suka menunjuk-nunjuk.” Berly mulai serius.

Please...Listen to us....Where stories live. Discover now