Part 6

1.4K 103 13
                                        

Cloe maish berdiri depan pagar rumahnya. Kereta sport Ayden masih di depan rumahnya.

“Jalanlah!” Cloe mengarahkan Ayden. Ayden geleng kepala. Dia buka pintu dan turun dari kenderaannya. Dia menyandar di hood depan keretanya sambil memeluk tubuh dengan gaya selamba.

“Kau masuklah dulu..” Ayden pula memberikan arahan. Cloe menjeling. Tidak faham dengan tindakan Ayden. Perlahan dia membuka pagar rumah dan masuk.

Cloe menutup pagar dan berjalan masuk menuju ke pintu rumah. Ayden masih di posisi yang sama.

“Baliklah!” Cloe menjerit kecil. Ayden menggunakan tangannya mengarahkan Cloe masuk kedalam rumah. Cloe mengeluh lagi. Cepat-cepat dia masuk.

Cloe menyubuk Ayden dari tingkap. Ayden masih di posisi yang sama. Kemudian dia melihat Ayden mengeluarkan hp dari poket seluarnya.

Tidak sampai beberapa saat hp Cloe berbunyi. Cloe tengok nombor tidak di kenali. Cepat-cepat dia jawab.

“Hello?” Cloe

“Apa lagi kau subuk2 di jendela tu. Pergi rehatlah..aku mau balik sudah ni..” Ayden serius.

“Er..kau ni! Oklah!” Cloe bertapuk di sebalik dinding. Rasa malu,geram dan marah pada Ayden.

*****
Sebelum jam8 pagi lagi Alan sudah terpacak di depan rumah tunangnya. Cloe keluar dari rumah dan menaiki kereta Alan dengan senyuman manis. Alan mencium tangan Cloe dengan lembut.

“Morning sayang...” Alan.

“Morning!” Cloe.

“Macam mana kemarin? Ok?” Alan.

“Hurmm...ok..cuma..” Cloe.

“Cuma apa?” Alan.

“Ada sesuatu yang berlaku di pusat tu dan dirahsiakan.  Kemarin saya ada sesi kaunseling dengan satu budak ni. Nama dia Josh. Dia bagi tahu saya apa yang diorang di sana buat sama dia dan kanak-kanak lain. Alan! Diorang nda selamat di sana...” Cloe sedih.

“Nda selamat? Sayang,better your be safe...mungkin saya patut datang sana..” Alan.

“No. jangan. Kalau kau datang tiba-tiba dengan kereta polis mesti diorang akan syak sesuatu dan akan buat lagi teruk sama budak-budak tu. Lagi pun saya belum ada apa-apa bukti lagi...” Cloe

“I can help you...” Alan

'No..saya sudah ada partner yang boleh tolong saya siasat...” Cloe

“Partner?” Alan mengerutkan dahi. Cloe angguk.

“Ayden Jorim..” Cloe.

“What?! Ayden Jorim?!!” Alan terus break mati kenderaannya bila dengar Cloe menyebut nama Ayden.

“Auch!!” kepala Cloe terhantuk di cermin kerana tindakan Alan. Cepat-cepat Alan mengusap kepala Cloe.

“Sorry sayang! Ok kah?” Alan.

“Kenapa kau break macam tu? Sakit ooo...” Cloe marah.

“Sorry..saya terkejut dengar tu nama...” Alan. Cloe angkat muka. Dia pandang tepat ke wajah Alan yang jelas cemas.

“Kenapa? Kenapa dengan Ayden Jorim?” Cloe. Alan diam.

“Kau tahu siapa family dia kah? Jorim?” Alan.

“Christian Jorim? Siapa yang tidak tahu pasal naga tu..dari saya kecil saya selalu dengar pasal dia..nda sangkakan saya akan kenal dengan anak dia..” Cloe.

“Sayang,kalau boleh jauhkan diri dari dia. Dia tu bahaya..tidak sesuai di jadikan kawan..” Alan.

“Siapa? Ayden?” Cloe

Please...Listen to us....Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang