Part 10 Final

2.4K 129 25
                                        

Ayden dan Cloe sampai sahaja di pusat itu keadaan sangat sunyi. Ayden menarik Cloe mendekatinya. Saat tangan mereka bersetuhan Cloe seperti terkena renjatan elektrik. Jantungnya bergerak laju. Rasa gementar dihatinya.

“Ayden...” Cloe.

“Apa?” Ayden.

“Sa..sa..saya...” Cloe gugup. Entah apa yang ada di dalam fikirannya. Dia tidak tahu bagaimana mahu menzahirkan rasa yang ada didalam hatinya.

“Tengok tu..” Ayden menunding jari kearah kenderaan Alan yang berparking di belakang bangunan di sudut yang tersembunyi.

“Itu kereta Alan! Apa dia buat di sini?” Cloe.

“Mana aku tau. Kita masuk dulu..nanti kita tahu juga tu..” Ayden. Cloe angguk. Namun hatinya tidak senang melihat kereta Alan. Kenapa Alan tidak menghubungi dia?

Mereka berjalan seperti pencuri memasuki pusat tersebut. Keadaan sangat sunyi senhingga boleh mendengar bunyi tapak kasut mereka berdua. Cloe mula rasa curiga. Banyak hal bermain di kotak fikirannya.

Mereka memeriksa semua bilik di bangunan pertama. Semua kanak-kanak tidak ada. Kemudian Ayden membawa Cloe ke bangunan kedua. Di mana dia melihat Josh dari dalam cctv.

Masuk sahaja dalam bangunan itu hati Cloe menjadi semakin tidak senang. Jantungnya bergerak dengan sangat laju. Tergerak hatinya untuk naikke tingkat atas dan memeriksa bilik-bilik.

Ayden membuntuti langkah Cloe naik keatas. Mereka memeriksa semua bilik. Langkah Cloe terhenti di depan sebuah bilik yang berkunci. Cloe memandang Ayden. Ayden mengarahkan Cloe berdiri di tepi. Dia perlu memecahkan pintu itu untuk masuk kedalam.

Dengan hanya satu tendangan sahaja pintu itu terus terbuka. Cloe berlari masuk apabila melihat tubuh Josh terbaring lemah di lantai. Cloe memeluk tubuh Josh.

“Oh my god! Josh!! who did it to you?!!” Cloe memeluk tubuh kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun tahu. Tubuhnya terdapat lebam baru dan juga ada terdapat kesan lebam lama.

Josh menangis tanpa suara. Kanak-kanak lelaki itu bisu dan pekak. Tidak ada sesiapa yang mendengar tangisannya. Dia menunjukkan kesan lebam yang terdapat pada punggungnya.

“Josh!!!!!” Cloe tidak dapat mengawal emosinya.

Ayden cepat-cepat menghubungi ambulance dan Berly. Josh perlukan bantuan segera. Cloe menangis dan memeluk Josh dengan sangat erat.

Dia tidak sangka hal itu akan terjadi. Sebelum ini dia melihat Josh ada perubahan positif. Rupanya tidak. Kanak-kanak itu menerima trauma yang lagi hebat. Tidak ada yang boleh mendengar jeritan mereka. Tangisan mereka seolah-olah senyap.

20 minit kemudian ambulance dan polis datang. Berly dan yang lain juga datang. Tubuh Josh diangkat. Ayden menarik Cloe yang semakin tidak terkawal. Dia memeluk Cloe cuba menenangkan gadis itu.

Beberapa hari kemudian...

Cloe memandang Josh yang sedang tidur dengan sangat lena. Dia bersyukur kerana semua kanak-kanak dari pusat itu berjaya di pindahkan ke pusat persatuan mama-nya,Zara.

Kanak-kanak itu juga di rawat di hospital swasta tempat Patrick. Semua biaya ditanggung oleh keluarga Jorim.

Cloe memandang Ayden yang tidur di sofa. Rasa hairan juga dengan sikap Ayden. Ayden menemaninya setiap hari. Alan pula langsung tidak menemuinya sejak kejadian lalu. Walaupun begitu dia masih sedar dengan statusnya sebagai tunang Alan.

Cloe bangun. Dia berjalan menuju ke sofa di mana Ayden tidur. Dia memerhatikan wajah Ayden. Jejaka itu nampak tenang sahaja. Anak naga itu mempunyai daya tarikan sendiri.

Please...Listen to us....Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang