Part 4

1.4K 91 3
                                    

Josh angkat muka bila lengannya di sentuh oleh Cloe. Dia senyum pada Cloe. Cloe senyum. Kemudian Cloe membuat beberapa isyarat. Dan Josh membalas isyarat itu.

Ayden yang tidak faham hanya duduk memerhatikan sahaja. Dia langsung tidak membuat sebarang bunyi bising. Seolah-olah dia tidak berada di dalam bilik itu.

Semakin lama Josh semakin selesa dengan Cloe. Dia mula menceritakan pada Cloe dari gari pertama dia sampai di pusat itu.

Cerita Josh~

dia di hantar oleh mak ciknya ke pusat itu. Ini kerana mak ciknya tidak sanggup untuk menjaga dia lagi. Dia terpaksa akur dan masuk ke pusat itu. Mak ciknya berjanji akan melawat dia setiap minggu.

Namun sudah enam bulan dia berada di sana langsung tidak perna di lawat. Tempat itu bukanlah pusat perlindungan seperti yang di sangka. Menurut Josh tempat itu adalah tempat neraka baginya.

Gadis-gadis yang bertugas itu pula lebih kejam dari seorang ibu tiri. Mereka di paksa makan bekas makanan penjaga mereka. Setiap kali salah seorang dari mereka tidak mendengar kata,mereka akan di bawa ke sebuah bilik yang di panggil bilik disiplin.

Di dalam bilik itu mereka akan di pukul sehingga lebam dan mereka tidak akan di beri makan selagi mereka tidak menyedari kesalahan dan meminta maaf.

Josh juga perna di suruh menjilat kasut seorang gadis yang merupakan ketua penjaga mereka di sana. Hidup di dalam pusat itu sama seperti hidup dalam neraka. 

Mereka juga tidak di berikan kelas khas. Disebabkan itu mereka tidak perna lulus ujian peperiksaan kerajaan. Mereka bukan sahaja di paksa memcuci pakaian sendiri,malah pakaian penjaga juga mereka harus cuci.

Habis cerita Josh~

Cloe mengalirkan airmatanya ketika cuba memahami cerita Josh. Dia tahu kanak-kanak itu tidak berbohong. Ayden yang tidak faham turut merasa sedih melihat reaksi Cloe.

Josh mengesat air mata Cloe. Kemudian dia memeluk Cloe. Dia rasa selamat ketika berada bersama Cloe.

Cloe membalas pelukan Josh dengan penuh kasih sayang. Kemudian dia berbisik pada Josh.

“Dont worry Josh...I will help you and others...” Cloe mencium dahi Josh. Dia sangat merindui Carol.

****
Ayden diam mendengar cerita Cloe. Dia sudah mengagak akan hal tersebut. Tetapi dia belum mendapatkan bukti. Jadi selama ini,mamanya (Berly) benar tentang tempat itu.

Patutlah Berly menghantar Ayden untuk menyiasat keadaan di dalam pusat itu. Sangkaan Berly selama ini betul. Ada sesuatu yang berlaku di dalam pusat itu yang di rahsiakan.

“Patutkah saya kasih tau sama pengetua pusat ni?” Cloe memandang Ayden.

“Jangan.” Ayden geleng kepala.

“Kenapa? Ketua tu patut tahu!” Cloe.

“Sebab aku rasa ketua tu terlibat sama.” Ayden.

“Apa?!” Cloe

“Percayalah cakap aku. Ketua tu mesti terlibat sama.” Ayden

“Kau ada bukti?” Cloe

“Jangan risau. Bukti tu akan keluar sendiri. Sekarang ni oleh kerana kau saja yang tahu bahasa isyarat. Aku terpaksa libatkan kau dalam operasi aku..” Ayden.

“Jadi ini yang kau cakap sessuatu tu?” Cloe angkat kening. Ayden angguk.

“Kenapa kau nda bagi tahu aku awal-awal?” Cloe.

“Ini operasi sulit..aku nda boleh suka-suka percaya orang..” Ayden

“Jadi napa kau bagi tahu aku sekarang? Kau percayakan aku?” Cloe.

Please...Listen to us....Where stories live. Discover now