Bab 9 - Aceh, here I come!

38 0 0
                                    

BAB 9 - ACEH HERE I COME

Aku tidak tahu sudah berapa lama aku berlari di dalam hutan itu dengan beberapa orang yang berpakaian pelik. Seperti pahlawan-pahlawan di zaman peperangan dahulukala.

Sudah lama aku tidak pergi ke gym maka aku lebih cepat penat dari kebiasaannya. Kesibukanku di pejabat menyebabkan aku telah skip beberapa training dengan personal traninerku di gym.

"Sebentar, sebentar. Aku sudah capek," tiba-tiba sahaja aku dapat berbahasa Indonesia dengan agak fasih. Eh, sejak bila pula ya aku perg ke kelas Bahasa Indonesia ni?

Salah seorang perempuan yang lengkap berpakaian seperti seorang lelaki dan ada parang yang kukuh di tangannya berhenti secara tiba-tiba. Lelaki-lelaki lain yang turut memegang parang panjang juga mengikut jejaknya. Kini semua mata tertumpu padaku. Cuba bayangkan aku berada di dalam kelompok orang aneh yang berpakaian asing dariku. Dan-

Apabila berkata begitu, aku meraba-raba tubuhku. Eh, aku juga turut berpakaian aneh. Tetapi di mana pakaian asalku sebelum ini.

"Sebentar dulu, bu. Aku capek ni," aku merungut sambil tunduk untuk mengurut kakiku yang sudah agak kepenatan. Memang aku hanya beralaskan kasut yang diperbuat dari kulit lembu agaknya. Agak aneh. Segala-galanya aneh di sini.

Sekumpulan pahlawan-pahlawan lelaki yang berpakaian aneh diketuai oleh seorang pahlawan wanita yang kelihatan lebih bengis dari kaum lelaki yang ada di sekelilingku.

"Musuh kita sudah dapat menghidu kita, Non." Non adalah kependekan dari Nona yang bermaksud Cik di dalam bahasa Indonesia.

"Sebentar ya, bu. Saya kurang pasti bagaimana saya berada di sini," Ya. Itu memang betul. Kali terakhir aku ingat ialah aku sudah sampai ke Lapangan Terbang Iskandar Muda yang merupakan lapangan terbang di Banda Aceh.

"Tapi siapa nama ibu ya, maaf ya," aku memang tidak kenal sesiapa pun yang ada di sekeliling ku ini.

"Huh," salah seorang dari lelaki yang berbadan besar dan memegang tombak bermuka bengis mahu memukulku apabila aku bertanyakan nama perempuan itu.

"Jangan. Dia masih pusing." Dada sasa itu di tahan oleh perempuan yang kelihatan lebih berkuasa di situ. Pusing bermaksud pening atau sakit kepala.

"Hmm," kemudian lelaki yang berwajah garang itu berundur seketika namun matanya tidak lekang-lekang dari merenungku dengan penuh curiga.

"Ibu namanya Cut. Cut Nyak Dien."

Hampir ternganga aku dibuatnya.

Jadi inilah dia Cut Nyak Dien yang diperkatakan orang selama ini. Okey. Di dalam sejarah Indonesia terutamanya di Banda Aceh.

"Ibu Cut?" ujarku. Terketar-ketar.

"Ya, Non. Kenapa?" Dia tersenyum manis. Hilang langsung wajah bengis dan muncul wajah seorang kakak perempuan di hadapanku.

"Ermm.. nggak apa-apa, bu. Permisi."

Aku berundur beberapa tapak ke belakang. Sebelum aku cuba untuk lari dari kumpulan itu. Namun kedua belah tanganku dipegang dengan erat oleh lelaki-lelaki yang lainnya.

"Kamu mau ke mana lagi, Non. Non selamat di sini dengan kami. Tetapi bagaimana Non boleh sampai di hutan ini ya?" soal perempuan itu sambil mengerutkan dahinya. Parang di tangannya digenggam semakin erat. Perutku terasa semakin kecut. Risau juga kalau-kalau parang itu dilibas ke arahku.

"Bu, saya sendiri pun nggak pasti. Saya cuma mengikut arahan ibu tadi untuk berlari," Ya. Kali terakhir aku ingat ialah aku baru sahaja keluar dari kawasan lapangan terbang itu menuju ke hotel apabila aku tiba-tiba-

Aku cuba untuk melepaskan diriku.

"Lepaskan dia," Arahannya dipatuhi.

Aku mula meraba-raba kepalaku.

Ouch.

Memang sakit.

"Kamu kemalangan ya?"

Perempuan itu menyentuh kepalaku yang masih berdarah itu. Aku mengaduh kesakitan.

"Galang, bawakan ubat untuk Non ini," kemudian seorang lelaki yang membawa pelbagai jenis barang di belakangnya mula mengambil sesuatu dari beg kulit yang digalasnya.

"Non, luka ini perlu dicuci ya?" aku melihat wajahnya yang agak comot itu. dan juga tangannya yang agak kotor itu mahu mencuci lukaku.

"Errr... biar saya buat sendiri ya," aku mengambil kain yang dihulurkan dan sedikit air yang dituang dari bekas air yang diperbuat dari sebatang buluh agaknya.

Perempuan itu akhirnya mengambil kain yang kupegang dan mencuci lukaku. Walaupun terasa amat pedih, namun setelah entah apa ubat ditempek ke atas kepalaku. Darah yang ada terus berhenti.

"Ini daun kapalterbang. Ia menghentikan pendarahan kamu," jelasnya lagi.

"Huh?"

Patutlah tadi lelaki itu memandang ke sekeliling dan mencabut sejenis daun hijau yang tumbuh setinggi paras lututku tadi. Lalu dihancurkan di atas batu sebelum dihulurkan kepada perempuan itu.

"Okey, udah selesai."

Perempuan itu tersenyum dan menepuk-nepuk bahuku.

"Apapun kamu tidak akan selamat kalau kamu keluar dari kumpulan ini, Belanda sedang mengejar kita. Mungkin mereka semakin mendekati. Kita harus pantas dari mereka," ujarnya memberi arahan kepada yang lainnya.

"Kena berlari lagi ya, bu?"

Pahlawan-pahlawan yang lain tersengih-sengih memandangku. Okey. Aku tidak boleh mengaku lemah, kan.

#kasihteruraidibandaaceh
#hasreeyatikasihterurai
#kasihterurai
#bandaaceh
#cutnyakdien
#cut
#hasreeyati
#bab6kasihterurai
#teser10aceh

Kasih Terurai Di Banda AcehWhere stories live. Discover now