Bab 11 - Kagum

11 0 0
                                    

Bab 11 - KAGUM

Kami memulakan perjalanan ke kampung seberang pada awal keesokan paginya selepas solat Subuh. Aku kagum dengan mereka. Walaupun berada di dalam hutan mereka tetap tidak mengabaikan suruhan TUHAN Yang Satu.

"Cut, siapa nama sepupu kamu itu ya?" Rasa ingin tahu membuak di dada.

Hutan yang kami redahi itu semakin lama semakin dalam. Bunyi-bunyi anggerik rimba kadangkala membuatkan aku naik risau. Bukan aku tidak pernah jungle trekking semasa di aktiviti di universiti dahulu namun jalan yang dilalui biasanya telah dilalui berpuluh-puluh kali oleh orang lain. Ini tidak. Baru pertama kali. Entah harimau entah singa yang akan kami temui. Namun aku kagum dengan mereka kerana mereka tidak gentar pun mengharungi semua itu.

"Teuku Omar,"

Baru aku teringat apabila dia menyebut nama itu. Itu adalah bakal suaminya. Aku pernah membacanya. Beliau juga adalah salah seorang bangsawan yang agung pada zamannya.

"Tapi bukankah-" aku segera menutup mulut. Tidak mahu membocorkan rahsia.

Sha, semua mereka ini akan mati. Mereka bukan di zaman kau. Lebih baik kau diam.

"Hmm? Ada apa, Sha?" tingkah Cut selalu setia berada di sebelahku.

"Owhh... nggak apa-apa Cut."

"Jauh lagikah perjalanan kita?" aku bertanya soalan yang lain. Cuba menyembunyikan kebimbanganku.

"Sudah tidak jauh lagi." Tambah perempuan itu lagi.

Kami terus berjalan sehinggalah kami menemui sebuah sungai dan berhenti berehat di situ.

"Kita berhenti di sini dahulu ya," arah Cut lagi. Aku kagum dengan cara dia menguruskan askar-askar di bawah kawalannya. Semuanya bagaikan teratur dan mereka mendengar kata. Jika perkara seperti ini diterapkan di dalam organisasi di mana kita berkerja rasanya tiada masalah dalaman pengurusan yang akan timbul seperti jenayah rasuah dan pecah amanah.

"Cut, apa sebenarnya yang kamu perjuangkan ini?" tiba-tiba soalan seperti itu terkeluar dari bibirku. Kenapa pula aku bertanya begitu.

"Untuk legasi anak-anak bangsa aku, Sha. Mungkin aku tidak dapat merasai kemanisan perjuangan aku ini kerana hidupku mungkin tidak lama, namun aku berbangga kerana anak-anak yang bakal menerajui Aceh nanti tidak perlu hidup di bawah kuasa penjajah," aku sedar dia bangga dengan semua itu.

Namun dia belum tahu lagi ada anasir-anasir lain lagi yang akan lebih menjajah minda anak-anak bangsanya di masa akan datang.

"Sebenarnya aku kagum dengan kamu, Cut. Tetapi sebenarnya ada lagi anasir lain yang bakal menjajah pemikiran anak-anak bangsa kita di masa akan datang." Ujarku lagi. Cut mengerutkan dahinya.

"Penjajah baru? Inggeris? Japang?"

Aku menggeleng. Kalaulah ketika ini aku dapat menunjukkan smartfone dan laptop yang kubawa bersamaku sebelum kemalangan yang menimpa ke atas diriku. Mudahlah tugasku untuk menjelaskan semua itu padanya.

"Mulanya aku tidak mahu percaya yang kamu bukan dari zamanku, Sha. Namun ALLAH SWT mungkin menemukan kita pasti ada sebabnya," ujar Cut di dalam nada perlahan.

Ya. Mungkin kerana TUHAN mahu aku menjelaskan pada dunia tentang perjuangan Cut selama ini.

Di duniaku, perjuangan yang paling penting dalam kehidupan seorang perempuan seperti aku ialah dicintai lelaki yang sering curang. Bagiku itu bukan cinta namanya. Itu hanya mengambil kesempatan yang dilabelkan atas nama cinta.

Bagi kehidupan perempuan sehebat Cut, kepentingan diri sudah ditolak ke tepi. Sepatutnya seorang bangsawan sepertinya hanya bersolek cantik-cantik dan duduk di dalam rumah yang segah sebuah istana menunggu dipinang oleh lelaki bangsawan yang baik budi.

Namun apa yang kulihat ini, seorang perempuan yang memimpin sekumpulan lelaki yang berparang dan bertombak meredah hutan belantara. Bukannya menjaga anak di rumah, melayan makan pakai dan keperluan suami dan segala urusan di dapur.

#kasihteruraidibandaaceh
#hasreeyatikasihterurai
#kasihterurai
#bandaaceh
#cutnyakdien
#cut
#hasreeyati
#bab11kasihterurai
#teser12aceh

Kasih Terurai Di Banda AcehWhere stories live. Discover now