Bab 4
"Tak apalah, kan TUHAN ni Maha Adil. Kalau dia ada niat buruk dengan aku pun, dia akan dapat balasannya." Ujarku lagi dan meneruskan kerja-kerjaku seperti biasa.
"Ishh, kau nilah. Aku tak pernahlah jumpa perempuan sesabar kau ni. Hmm.. kalau aku jadi kaulah, siaplah si Faris tu! Pandai nak main-mainkan perasaan kawan aku ni." Rungut Mija lagi sambil berlalu dari mejaku.
Prinsipku mudah sahaja. Kalau suka, kau tunggu. Kalau tak suka, kau belah. Tapi jangan lebih dari 3 kali. Sebab aku hanya dapat bersabar 3 kali sahaja.
Telefonku berdering secara tiba-tiba. Aku menjeling ke arah jam di laptop di hadapanku. Sudah jam 7. Ya ALLAH, apalah aku ralit sangat ni. Nanti jam 7.30 dah nak Maghrib. Nak redah jem lagi. Hmm.
"Okey, nanti saya turun."
Tidak kusangka pula akan mendapat panggilan dari seorang lelaki yang mengaku kereta aku telah terlanggar keretanya siang tadi. Puas aku memikirkan siapalah empunya nombor yang tidak terpapar di skrin telefonku tadi.
Ketika aku sampai di tempat parkir di bangunanku itu, aku melihat sebuah kereta yang masih lagi aku ingat. Dan seorang lelaki sedang menyandar di bonet hadapan keretanya. Tersenyum memandangku.
Rupanya hensem juga lelaki itu. Iyalah. Siang tadi aku tidak nampak keseluruhan dari hujung rambut hingga ke hujung kaki.
"Ya, cik..." kulihat dia meneliti semula kad nama namaku.
"Cik Aisha." Tegasku. Tak ada masa nak melayannya. Namun memikirkan aku terpaksa berhadapan juga dengannya untuk mendengar apa yang akan diminta olehnya, aku berjalan ke arahnya.
Lelaki itu melihat aku dari atas hingga ke bawah. Sambil mengurut dagunya.
"Hmm... cantik. Nice." Nice kepala hotak kau! Bentakku dalam hati.
"Maaf ya, Encik.. apa ya?" kali ini aku mula bercekak pinggang.
Geram dengan sikap melambat-lambat macam tu.
Lelaki itu masih tersenyum.
"With a temper too. Lot more nicer..." ujar lelaki itu di dalam nada dalam. Seakan berbisik.
Hui. Gila ke apa mamat ni?
"Ha, sudah-sudah. I nak balik rumah. Dah nak maghrib ni. Nanti tak sempat nak solat."
Lelaki itu menjongketkan keningnya.
"Haa... a bit religious..."
Dia ni apa ya? Nak menilai aku?
"Okey, Encik No-Nama. You nak beritahu apa?" kali ini aku berjalan ke arah belakang keretanya.
"Tak ada pulak kemek pun." Lelaki itu mengekori aku ke belakang.
Memeluk tubuhnya sambil menongkat dagu.
"Hmm... tadi macam kemek. Tapi... sekarang dah tak ada pula..." ujarnya seperti berfikir sesuatu.
Lelaki itu hanya tersenyum memerhatikan tingkah-laku gadis cantik di hadapannya itu.
"Saya cuma nak tengok di mana awak berkerja. Itu saja. Okey... Nasib baik kereta saya tidak bercalar. Cuma hati saya sedikit tercalar."
"Okeylah, Encik No-Nama. Bye." Aku sudah berkira-kira untuk menoleh ke belakang dan berlalu dari situ apabila lelaki itu menahanku.
"Cik Aisha, kita akan berjumpa lagi?" soalnya sambil menjongketkan keningnya.
"In your dream!"
Lelaki itu tergelak kecil.
"Pleasure is mine..."
#kasihteruraidibandaaceh
#hasreeyatikasihterurai
#bandaaceh
#cutnyakdien
#cut
#hasreeyati
#bab4kasihterurai
YOU ARE READING
Kasih Terurai Di Banda Aceh
Fiksi SejarahCerita mengisahkan tentang seorang gadis muda yang sering putus cinta sudah berputus asa dengan cinta lelaki di dunia nyata. Berdoa agar dapat merasai cinta lelaki di zaman silam yang dirasakan tidak banyak godaan seperti di zaman moden. Apabila dia...