BAB 5
Uii. Tak tahulah apalagi yang aku nak cakap kali ini.
"Mija. Kau kat mana? Aku ada cerita nak cerita pada kau ni."
Mija ada di tempat yang dijanjikan.
"Kau tau tak ada mamat gila terserempak dengan aku tadi? Nasib malang sungguh aku kali ni," rungutku. Mujurlah orang lain tidak ada mendengar perbualan kami.
"Napa pulak ni?"
Mija menunggu aku di sebuah café yang selalu menjadi tempat kami lepak apabila pulang dari kerja. Maklumlah, kami akan minum petang terlebih dahulu sebelum pulang ke rumah masing-masing.
"Sapa?"
Akupun menceritakan semuanya pada Mija.
"Hah? Dia kata macam tu kat kau ke? Eh, tu kan dah boleh kira verbal harassment?"
Verbal harassment adalah dikira perbuatan melampau dalam bentuk percakapan. Memang menjadi satu kesalahan dan boleh dibicarakan.
Aku termenung.
"Tapi kau tahukan lelaki sekarang macamana. Nampak perempuan berdahi licin sikit, hmm mulalah nak menggatal." Ujarku lagi.
"Dah tu. Dia nak apa?"
Aku mengangkat bahu.
"Entah. Nampak macam pelik ja. Biarlah. Malas aku nak fikir. Esok kita ada mesyuarat untuk penggabungan firma guaman kita dengan satu firma guaman baru ni kan? Apa nama? Iskk.. aku lupa..." Selepas bertemu dengan lelaki misteri itu aku sudah cepat terlupa.
"Ohh.. kau nilah. Yang kau semak semua benda tu bukan untuk final touch esok ke?" Ya tak ya jugak.
"Okey. Thanks for reminding me. Aku balik dulu ya. Aku nak tidur awal. Esok nak bangun awal ke pejabat. Kau?"
Aku tidak ada banyak masa lagi. Sekarang sudah jam 9.00 malam. Nak sampai ke kondo kediamanku memakan masa sejam lagi. Hmm... dengan jem lagi. Okeylah. Aku mengalah kali ni. Lawyer yang mengaku kalah untuk pertama kalinya.
#kasihteruraidibandaaceh
#hasreeyatikasihterurai
#kasihterurai
#bandaaceh
#cutnyakdien
#cut
#hasreeyati
#teser6aceh
YOU ARE READING
Kasih Terurai Di Banda Aceh
Tarihi KurguCerita mengisahkan tentang seorang gadis muda yang sering putus cinta sudah berputus asa dengan cinta lelaki di dunia nyata. Berdoa agar dapat merasai cinta lelaki di zaman silam yang dirasakan tidak banyak godaan seperti di zaman moden. Apabila dia...