BAB 12 - KAMPUNG SEBERANG
Akhirnya kami tiba juga di kampung seberang. Sebuah kampung yang menjalankan pertanian dan penternakan yang kulihat agak aman damai.
"Di mana ya kuncu-kuncu Belanda?" Aku masih lagi belum bertemu dengan askar-askar Belanda seperti yang diperkatakan oleh Cut.
Cut tersenyum dan menoleh ke arahku.
"Sha, jika aku jadi kamu, kamu harus berdoa agar tidak bertemu dengan seorang pun dari askar-askar mereka. Terutamanya pemimpin mereka." Cut mempercepatkan langkahnya.
Aku terpaksa akur dengan permintaan Cut sebenarnya. Aku hampir terlupa sebenarnya. Di zaman ini, bangsa asing yang tiba bukannya bertujuan untuk melancong di tempat-tempat yang menarik dan bersejarah, namun untuk menjajah kerana Banda Aceh merupakan sebuah negeri yang banyak menghasilkan rempah ratus yang amat berharga ketika itu. Malah lebih berharga dari emas lagi.
Cut tiba-tiba menolak aku ke tepi. Beberapa orang askarnya sudah ditinggalkan di luar kampung itu sebagai langkah berjaga-jaga. Cuma aku, Cut dan tiga orang pahlawan Aceh yang aku rasa Panglimanya, dan dua orang pengawal peribadinya sahaja yang mengikut kami ke dalam kampung ini.
"Mengapa?"
Cut menekan bibirku dengan belakang tapak tangannya.
"Ada askar Belanda." Jawab Cut sambil berbisik ke telingaku. Kemudiannya kami bertiga merendahkan diri di celah-celah timbunan hasil jualan orang kampung.
Aku melihat di sebalik celahan timbunan ini sosok tubuh lelaki-lelaki Belanda yang tinggi seramai 5 orang yang berpakaian seragam askar Belanda yang berseluar singkat tiga suku berwarna coklat. Lengkap dengan senjata senapang dan hujungnya berpisau berjalan seakan meninjaui-ninjau di sekitar kawasan itu.
Pertama kali aku melihat askar-askar Belanda yang serba agak tinggi itu. kebiasaannya aku pernah melihat gambar-gambar mereka di muzium dan buku-buku sejarah sahaja.
Namun kali ini di hadapan mataku sendiri. Betapa bengisnya muka mereka walaupun mereka tampak kacak. Patutlah ramai kebanyakan kacukan Indonesia-Belanda di Indonesia ketika ini ada begitu ramai. Mungkin kerana mereka inilah antara keturunan asalnya.
Bunyi derap tapak kaki mereka semakin hampir. Kami semakin merendahkn kedudukan badan kami dan hanya berdoa agar tidak diketemui. Akhirnya askar-askar itu berlalu pergi.
Aku menghela nafas lega. Begitu juga dengan yang lainnya.
"Mari." Arah Cut dan kami segera menuju ke arah satu lagi jalan pintas yang lebih cepat untuk ke rumah Teuku Omar.
Teuku Omar merupakan seorang anak bangsawan sebenarnya. Beliau adalah salah seorang dari pejuang kemerdekaan yang turut sama berjuang dengan Cut setelah belot kepada Belanda.
Tetapi nanti dulu, Teuku Omar pada mulanya berkerjasama dengan pihak Belanda dengan menjadi salah seorang pegawai mereka. Dan bukan sedikit rahsia Belanda yang ada di dalam tangannya. Adakah Cut tahu semua ini? Jika Cut tidak tahu, wajarkan aku menceritakan padanya?
Sejarah ialah satu perkara yang tidak boleh diubah kerana ia tidak akan menjadi satu sejarah sekiranya ia diubah pada zaman kejadiannya. Okey. Lebih baik aku berdiam diri sahaja dan meneruskan apa yang sedang aku alami sekarang ini.
Akhirnya kami tiba di sebuah rumah kayu yang agak besar dan bertiang tinggi. Kebanyakan rumah kayu yang dibina pada zaman itu tidak menggunakan walau sebiji paku. Kagum aku dengan senibina perkayuan di zaman itu. Aku sendiri belum pernah mengkaji dari mana asalnya paku dicipta.
Kedatangan kami sememangnya sudah ditunggu oleh Teuku Omar dan ahli keluarganya.
"Assalamualaikum, Mas." Salah seorang askar Cut memberi salam. Aku tidak sempat bertanyakan Cut namanya. Tidak penting untuk aku tahu nama askar yang tidak tahu mengukir senyuman itu.
Tidak lama kemudian keluarlah sesusuk tubuh yang agak sederhana tinggi dan berdada bidang di hadapan kami. Dari segi pakaiannya pun aku dapat meneka sememangnya lelaki itu adalah dari golongan bangsawan.
Tetapi yang lebih penting ialah lelaki yang berdiri sebelahnya. CEO aku! Datuk Dannis. Tetapi di dalam versi bangsawan Aceh.
"Adinda Cut... dan sahabat-sahabat.." dan mengerutkan dahinya apabila memandang ke arahku.
"Siapa gerangan gadis ini, Adinda?"
Cut hanya tersenyum.
"Sahabat perjuangan yang baru. Kenalkan. Aisha. Aisha, ini sepupu saya, Teuku Omar." Walaupun dia tidak memperkenalkan aku padanya pun, aku telah tahu siapa Teuku Omar sebenarnya. Biarlah aku seorang sahaja yang tahu. Malah bukan sekadar sejarah Teuku Omar malah sejarah Cut sendiri. Beruntung juga aku dibawa ke zaman ini oleh apa jua cara yang tidak masuk dek akal sekalipun, sekurang-kurangnya aku dapat merasai sendiri pengalaman yang dilalui oleh mereka di zaman mereka.
"Salam perkenalan," aku merapatkan tangan ke paras dada. Seperti tanda hormat yang selalu dilakukan oleh bangsa Indonesia apabila mereka saling bertemu.
Teuku Omar tersenyum.
"Oh, begitu. Oh ya, perkenalkan juga. Ini anak saudara saya. Teuku Dalim." Ujar Teuku Omar sambil menepuk-nepuk bahu anak saudaranya itu.
Oh, di sini CEOku rupa-rupanya menjadi anak saudara pahlawan Aceh yang tersohor. Tetapi apa yang dapat dia lakukan di sini? Boleh bersilat? Atau hanya menjadi pembantu Teuku Omar?
"Salam juga. Saya harap kehadiran saya juga akan dapat membantu anda semua. Persilakan ke atas." Wah. Lembut benar pertuturannya. Walaupun aku tidak mengenalinya di sini, namun aku rasa peranannya di samping bapa saudaranya amatlah hebat.
Nampaknya sekarang aku sedang membuat perbandingan antara CEOku di zaman aku dengan di zaman ini.
YOU ARE READING
Kasih Terurai Di Banda Aceh
Tarihi KurguCerita mengisahkan tentang seorang gadis muda yang sering putus cinta sudah berputus asa dengan cinta lelaki di dunia nyata. Berdoa agar dapat merasai cinta lelaki di zaman silam yang dirasakan tidak banyak godaan seperti di zaman moden. Apabila dia...