60

294 22 1
                                    

YOO Yuong-Cheol antara nama paling diingati dalam sejarah Korea. Dia bukan selebriti atau tokoh negarawan yang banyak menyumbang kepada negara sehingga namanya meniti di bibir penduduk, terutama di Seoul.

Sebaliknya, dia sangat dikenali kerana menjadi antara penjenayah paling kejam di negara itu selepas didakwa melakukan 21 pembunuhan bersiri dan memakan organ sebahagian mangsanya. Melakukan pembunuhan sekitar 2003 hingga 2004, lelaki berjiwa ganas itu mensasarkan pelacur wanita serta warga emas daripada kumpulan elit dan kaya.

Alasannya kerana wanita tidak seharusnya menjual harga diri dengan menjadi pelacur dan kebanyakan orang kaya yang dibunuhnya pula perlu bertanggungjawab dengan apa yang mereka lakukan hingga mampu menjadi kaya sedangkan yang miskin terus miskin dan ditindas.
Bagaimanapun, sejarah jenayah dilakukan Yoo dikatakan bermula pada 1988 iaitu ketika dia berusia 18 tahun.

Ketika itu dia banyak terbabit dengan kes curi hinggalah ditangkap pada 1991 dan dijatuhkan hukuman penjara 10 bulan.

Selepas dibebaskan Yoo dikatakan berazam membuang tabiat mencuri dan setahun kemudian, iaitu pada 23 Jun 1993, dia berkahwin dengan gadis yang mula dikenali selepas tamat tempoh hukuman dengan tujuan membina hidup baru.

Bagaimanapun, baru tiga bulan mendirikan rumah tangga, dia sekali lagi ditangkap pihak berkuasa ketika mencuri di pasar raya dan dipenjara selama lapan bulan.

Mungkin disebabkan hukuman itu ringan, selepas berehat daripada melakukan aktiviti mencuri, dia pada 1995 ‘terjun’ kepada aktiviti jenayah lain, kali ini membabitkan penjualan bahan lucah secara haram dan menggunakan identiti palsu sekitar 1995 hingga 1998.

Disebabkan itu dia dipenjara selama dua tahun, namun tempoh hukuman itu juga tidak memberi pengajaran kepadanya kerana dia mengambil peluang ‘berguru’ dengan pelbagai banduan di situ.

Yoo dibebaskan pada pertengahan 2000 dan selepas empat bulan dibebaskan dia menjadi semakin berani apabila merogol seorang kanak-kanak berusia 10 tahun.

Kerana perbuatan itu dia dipenjara selama tiga tahun dan disebabkan banyak melakukan jenayah dan sering keluar masuk penjara, isterinya memohon perintah mahkamah untuk bercerai dengan alasan tidak tahan bersamanya dan malu.

Pada 11 September 2003 Yoo dibebaskan selepas selesai hukuman dan bermula detik itulah dia dikatakan mula terbabit dengan jenayah ganas hingga sanggup membunuh dan memakan organ mangsanya.

Mangsa pertamanya pada 1 September 2004 apabila dia disyaki membunuh pasangan suami isteri warga emas dikenali sebagai pasangan Gangnam-gu, masing-masing berusia 72 dan 67 tahun.

Leher si suami ditikam dengan objek tajam sebelum kepala kedua-dua pasangan terbabit dihentak dengan tukul besi seberat empat kilogram yang biasanya digunakan untuk memecahkan tembok.

Mayat kedua-dua mangsa ditinggalkan bergelimpangan di rumah sebelum dijumpai anak mereka keesokan hari.

Bagaimanapun, pihak berkuasa gagal menjumpai bukti pembunuhan berikutan mangsa dipercayai membuka pintu rumah untuk suspek masuk.

Tiga warga emas kaya pula dibunuh ketika beristirehat di halaman rumah pada 2 Oktober. Disebabkan corak pembunuhan menggunakan tukul besi, polis percaya ia angkara suspek sama.

Yoo didakwa melakukan tiga pembunuhan membabitkan warga emas daripada golongan kaya sebagai mangsanya sehingga 18 November.

Pada 11 Disember 2004, seorang perempuan yang menawarkan diri sebagai teman sosial kepada Yoo menjadi sasaran.

Dia dikatakan meradang apabila pelacur terbabit memaki dan menghalaunya apabila dia menceritakan jenayah dilakukannya. Selepas menumbuk dan menghempas mangsa beberapa kali di jalan raya, Yoo mengheret mayat mangsa ke belukar lalu membakarnya.

Kerana marah yang meluap-luap, dia mencungkil badan wanita berkenaan dengan pisau dan mengeluarkan hatinya sebelum memakannya.

Dia hanya ditahan selepas dua hari melakukan satu pembunuhan apabila seorang saksi memaklumkan pihak berkuasa dia ternampak Yoo bersama seorang pelacur berusia 24 tahun yang mati dibunuh.

Yoo orang terakhir dilihat bersama pelacur berkenaan dan hasil tangkapan itu polis berjaya menyelesaikan 20 kes pembunuhan manakala satu lagi terpaksa digugurkan berikutan tiada bukti.

Sebanyak 20 mangsa iaitu lapan warga emas dibunuh Yoo sementara baki 12 lagi adalah wanita yang menjadi teman sosial serta pelacur jalanan.

Malah dalam temuramah bersama stesen televisyen, Yoo memaklumkan, setiap mayat gadis teman sosial serta pelacur yang menjadi mangsanya dibakar sebelum dia memakan sebahagian hati dan jantung mangsa.

Bagaimanapun, ada laporan lain mengatakan dia membenci wanita disebabkan isterinya meminta cerai.

Kes perbicaraan Yoo masih diteruskan berikutan tiada keputusan dicapai, terutama apabila banyak pihak inginkan dia dihukum mati, sedangkan hukuman terbabit tidak dipraktikkan di Korea sejak 1977.

psychopath | 15+ • 18+Where stories live. Discover now