66; Pencuri

149 15 0
                                    

"Dasar anak tak kenang budi. Kau mencuri ya!"

Tubuh anak kecil itu dipukul dengan kasar menggunakan batang penyapu. Kedengaran suara tangisan anak kecil itu semakin kuat.

"Ampun omma! Saya takkan buat lagi. Omma sakit!"

Rayu anak kecil itu.

"Aku tak pernah ajar kau mencuri! Dasar anak tak guna! Tak habis-habis menyusahkan hidup aku!!"

Perempuan tua itu terus-terusan memukul. Anaknya ditangkap mencuri di sebuah kedai runcit. Disebabkan berang dengan anaknya, amarahnya tidak dapat dikawal.

Setelah puas memukul, dia menolak tubuh anaknya sehingga jatuh dan dia meluru ke belakang rumah.

Anak kecil itu terus menangis meminta ampun. Tangisannya semakin galak apabila melihat ommanya membawa sebilah kapak yang digunakan keluarganya untuk memotong dahan kayu.

Dia mahu melarikan diri sebelum nyawanya melayang di tangan ommanya sendiri. Ommanya kelihatan tidak terurus dengan rambut yang serabai sambil memandang ke arahnya.

"Kau ingat kau boleh lari ke hah bodoh"

Perempuan tua itu terus menghayunkan kapak ke arahnya.

Srakkk!

Darah memercik di merata tempat sehingga terkena pada mukanya. Anak kecil itu meraung apabila kapak tersebut tertusuk dengan dalam di kedua kakinya.

"Sekarang kau tak boleh lari ahahahahah"

Ommanya seperti sedang dirasuk sesuatu. Perempuan itu terus menarik kapak yang tertusuk di kaki anaknya dan menyebabkan jeritan kanak-kanak itu semakin kuat.

Perempuan itu terus mengheret anaknya kebelakang rumah, tempat dia memotong kayu.

Diletakkan kedua-dua tangan anaknya di atas sebatang dahan yang sudah dibelah dua. Anaknya kelihatan pasrah dan berharap nyawanya habis pada hari itu.

Perempuan tua itu mengangkat kapaknya dah menetak tangan anak kecilnya sehingga hancur sambil tergelak bahagia.

I'm back :))

psychopath | 15+ • 18+Where stories live. Discover now