Aku Lara, seorang pelajar Fakulti Pembangunan Manusia tahun terakhir.Sebelum bergraduasi, aku akan menjalani praktikal di salah sebuah Jabatan Kerajaan SPRM. Siapa sangka aku akan ditempatkan disini.Lemah lututku apabila diarahkan disini.Tidak sama pula dengan kembarku Rina.Dia pula di sebuah bank yang berdekatan dengan rumah kami.Seronoklah dia, namun apa boleh aku lakukan apabila dia mengambil jurusan akaun.
Aku bersiap dan memakai baju kurung biru laut dan mengenakan shawl warna navy blue.Memandangkan abang abang SPRM mengenakan uniform biru tua, aku pun mengikut tema mereka, padahal ianya kebetulan sahaja.Hanya warna itu yang berkenan dimataku pagi ini.
Aku turun ke bawah dan makan sarapan bersama umi . Rina pula aku tak pasti dimana dia.
"Mana Rina umi?"tanyaku.
"Dia dah pergi tadi, kawan dia hantarkan." kata umi.
Aku terus makan dan minum sarapan yang umi sediakan. Abah pula sudah lama pergi ke pejabat.Awal abah turun memandangkan abah bekerja agak jauh dari tempat tinggal kami.Aku menghela nafas panjang.Aku cium pipi umi dan bergegas mengambil kunci kereta .Setelah bersalam dengan umi, aku pun menghidupkan enjin kereta.
Aku memandu laju memandangkan aku tidak mahu tiba lewat ke pejabat.Sudahlah hari pertama.Alamak,sesak pula jalan ini.Panjangnya kereta.Aku mulai tidak keruan.Aku lihat jam menunjukkan 7.55 pagi.Sah sah lah aku lambat nanti.
Aku memandu mencari parkir kereta.Dua tiga kali aku pusing,akhirnya jumpa juga.Walaupun agak jauh, apa boleh buat.Aku bergegas menuju ke pejabat.Terkial kial aku mecari tempat aku harus melapor praktikal.
" Assalamualaikum.Saya Lara Azmida ,nak lapor diri.Seharusnya saya lapor disini" kataku termengah mengah.
"Baiklah,silakan duduk" kata wanita yang duduk di kaunter itu.
Aku duduk dan melihat lihat suasana di dalam pejabat itu.Luasnya dan namaku dipanggil.
"Lara Azmida, masuk ke dalam bilik itu dan pastikan awak ketuk pintu ya sebelum masuk" kata wanita di kaunter itu dan dia menunjuk ke arah bilik yang dimaksudkan.
Aku berjalan menuju ke bilik yang dimaksudkan .
Tok..tok..
"Masuk"
AKu pun masuk ke dalam bilik.Kelihatan seorang lelaki sedang sibuk meneliti beberapa dokumen.
"Assalammualaikum,selamat pagi"kataku masih berdiri.
"Waalaikumsalam,silakan duduk" kataynya.
Aku duduk dan menghirup nafas dalam dalam.Kelihatan seorang lelaki lewat 20an ,yang agak kacak sangat orangnya duduk di hadapanku.Aku mulai tersenyum senyum dan berfikir yang bukan bukan.
"Kalau aku solo aku nak pikat mamat ni" kataku dalam hati.
"Perkenalkan diri awak " tanyanya.
Aku menarik nafas dalam dalam.Terkejut dengan suaranya.
"Selamat pagi Tuan .Saya Lara Azmida , berumur 23 tahun dan mengambil ijazah Pembangunan Manusia. Diharap Tuan dan seluruh staff disini menerima kehadiran saya dengan terbuka. Saya bersedia menerima teguran jika ada salah silap saya disini."kataku yakin.
Bukan main lagi yakin aku yang teramat yakin.Aku amati wajah lelaki di hadapanku.Bersih, serius, sedikit berjambang ,bulu keningnya agak tebal, dan namanya Muhd Razi. Aku lihat tag namanya, paku di bahunya. Muda muda lagi sudah berpangkat, Seronoknya. Aku lihat atas mejanya, tiada gambar keluarga,yang ada hanya gambar dia memeluk seorang wanita yang sudah berusia.Mungkin ibunya, kataku .
YOU ARE READING
Aku,Kau dan Kita(Complete)
RomanceBACAAN DEWASA SAHAJA Lara bercinta dengan Yan hampir 4 tahun.Tanpa pengetahuan Lara, Rina meminati dan mencintai Yan sejak sekian lamanya.Setiap kali Yan dan Lara keluar berdating,pasti Rina akan mengikut mereka.Sehingga suatu hari Rina mulai berter...