06;

343 34 0
                                    

+++

"Auch"

Kerana tidak fokus , Hayeon terpegang periuk panas tanpa menggunakan kain lap. Dia dapat merasakan bahawa kulitnya sedang terbakar. Dengan cepat Daniel yang berada di sebelahnya meraih tangan Hayeon lalu merendamkan di dalam bekas yang berisi air sejuk.

Hayeon membeku disitu akibat tindakan Daniel. Daniel juga masih tidak sedar akan tindakannya. Namun gerakkannya terhenti apabila dia menyedari Hayeon memandangnya.

"Aku rasa kau boleh rawat luka ni sendiri" Kata Daniel lalu berjalan masuk ke biliknya.

Sementara itu , Hayeon masih berdiri disitu tanpa melakukan apa apa. Sesaat kemudian dia berasa lututnya melemas. Dia bersandar pada dinding dapur sambil memegang tangannya yang disentuh Daniel tadi.

Untuk pertama kalinya Daniel menyentuh dengan setulus itu.

"Rasanya hangat" Hayeon meletakkan tapak tangannya yang dipegang Daniel ke pipinya.

[C] Dingin | Kang DanielWhere stories live. Discover now