11;

322 34 0
                                    

+++

"Hayeon. Saya nak tanya sikit boleh?" Soal Daniel. Suaranya comel.

Aku memandang mukanya yang berbaring di sebelahku.

"Kenapa awak selalu batuk²? Awak sakit ke? Kenapa awak selalu taknak buat pemeriksaan kesihatan? Saya risau" Daniel memandangku.

Aku cuba melarikan pandangan daripada melihat anak matanya tetapi takboleh. Aku cuba kawal emosi dengan menjawab soalan Daniel.

"Er batuk batuk biasa la tu , lagipun saya dah berumur kan mustahil takde sakit sakit ni" Balasku dengan tenang.

Daniel memandangku hairan.

"Tipu. Muntah muntah tu apa pula?" Daniel menyoalku lagi.

"Molla , tidurla esok awak kerja kan"

Daniel senyum kepadaku sebelum tangannya melingkar pada pinggangku dan melelapkan matanya. Sebelum aku terlelap , tiba tiba sahaja air mataku mengalir.
.
.
"Mianhae Daniel , saya terpaksa. Saya taknak awak sedih"

[C] Dingin | Kang DanielWhere stories live. Discover now