12;

318 32 0
                                    

+++

Aku bangun secara mengejut harini disebabkan kepala aku pening , tersangat pening. Dan aku dari tadi tak henti muntah.

Disebabkan itu Daniel terjaga dari tidurnya.

"Awak okay tak ni?" Daniel kelihatan risau.

"Em okay sikit. Mungkin perut saya kosong kot sebab tu macam ni" Kataku. Daniel dan aku memandang serentak ke arah jam di dinding. Sekarang baru pukul 4 pagi.

"Masih awal , tak ada kedai yang buka. Awak baring dulu biar saya tengok kat dapur ada apa yang boleh dimasak" Kata Daniel.

Aku hanya mengikut arahannya. Sesaat kemudian bibirku mengukirkan senyuman. Aku suka melihat Daniel yang sekarang , yang selalu mengambil berat tentangku.
.
.
Daniel masuk ke dalam bilik bersama dulang berisi semangkuk bubur dan segelas air. Sekali lagi aku tersenyum kerana Daniel menyuapkan bubur tersebut kepada ku.

[C] Dingin | Kang DanielWhere stories live. Discover now