+++
Aku duduk di ruang tamu sambil menunggu Daniel selesai mandi. Beberapa minit kemudian dia turun dan terus ke dapur. Aku tak masuk pun masuk dapur.
"Awak tak masak ke?" Soal Daniel.
"Awak keluar dengan siapa semalam sampai mabuk?" Soalku tegas.
"Sejak biㅡ
"Siapa perempuan semalam?" Aku memotong percakapan Daniel. Ah memang cara aku bila aku sedang marah. Daniel mengeluh lalu melabuhkan punggungnya di sebelah aku.
"Mianhae , saya tak sengaja. Hyera , rakan sekerja saya. Wae?" Suara Daniel yang biasa tiba tiba sahaja bertukar sinis.
Aku baru sahaja hendak membalas kata kata Daniel tiba tiba pandangan aku gelap.
• • •
Aku mencelikkan mata dan ia bukan di rumah aku. Tempat ni macam , wait adakah aku di hospital? Mata aku meliar mencari Daniel. Kelihatan Daniel sedang bersembang dengan seorang doktor.
"Andwae jangan cakap dia dah tahu segalanya" Gumamku.
Daniel memandangku dengan muka yang sukar ditafsir. Mereka bercakap agak lama adakah ianya suatu benda yang serius?
Daniel melangkah ke arahku dan doktor tersebut keluar daripada bilikku.
"Wae?" Soal Daniel. Dahiku mengerut soalan apa sebenarnya yang ingin dituju. Tiba tiba air matanya mengalir. Aku panik.
Hendak sahaja aku tanya mengapa.
"Daniel. Awak kenapa?" Soalku. Daniel mengesat air matanya sebelum kembali berkata kata.
"Kenapa selama ni awak takpernah beritahu yang awak ada penyakit? Wae Hayeon !" Air mata Daniel turun seperti hujan.
Aku yang terbaring di atas katil itu terkejut. Air mataku juga turun dengan perlahan lahan.
.
.
Mianhae bukan niat aku untuk merahsiakan hal ini pada kau.
YOU ARE READING
[C] Dingin | Kang Daniel
Fanfic"Aku sayang kau , aku akan jaga apa yang kau dah tinggalkan pada aku." Dalam diam dia sayang tetapi perasaan sayang tak dapat dia ungkapkan dengan perkataan malah lebih suka menunjukkan sikap keegoannya. Start : September 17 End : Oktober 17 {Statu...