Kereta myvi berwarna kuning berhenti di stesen bas. Sosok tubuh seorang wanita dalam lingkungan 30-an keluar dari kereta menghampiri Kasih.
"Kasih?" wanita itu berdiri di hadapan kasih.
"Ye" Kasih mehghadiahkan sebuah senyuman yang manis kepada wanita itu.
"Jom, ikut akak"
Kasih mengekori wanita itu masuk kedalam kereta. Wanita itu mula bersuara. "Nama akak Alyssa" wanita itu fokus memandu . "Kita nak pergi mana Kak?" Kasih memandang wajah Alyssa yang masih fokus memandu.
" rumah Amanda" Alyssa memandang wajah Kasih yang sembab itu.
"Kasih nangis ke?" Kasih menggeleng kepalanya.
"Mana ada kak! Kasih tertidur tadi" bohong kasih.
Alyssa hanya diam seribu bahasa, di dalam hatinya dia tahu bahawa Kasih menipu.
Setelah berapa jam perjalanan akhirnya mereka sampai di rumah Amanda.
Knock...knockk...
Pintu dikuak dari dalam, Amanda muncul di hadapan pintu.
"Masuklah" pelawa Amanda
Kasih segera memeluk tubuh Amanda dengan erat.
"Aku rindu kau!" Kasih masih lagi memeluk Amanda.
"Aku lagi rindu kau." Amanda menolak kasih dengan lembut lalu menyalam akaknya.
"Duduklah dulu! Aku buat air jap" Amanda mengangkat kaki ke dapur.
"So! Apa plan kasih tinggal kat sini?" Alyssa mula bicara untuk memecahkan sunyi diantara dia dan Kasih.
"Sambung belajar maybe!" kata Kasih dengan sopan.
"Dekat mana?" tanya Alyssa lagi.
"MSU" ujar kasih dengan senyum.
Alyssa hanya menganggukkan kepalanya. Amanda datang dengan membawa jag air berisi jus oren. Dia meletakan jag itu di atas meja.
"Kasih jom aku tunjuk bilik kau?" Amanda mengatur langkah ke kamar yang kosong, kasih hanya mengikuti dari belakang.
"Lia! Besarlah bilik ni!" Kasih meletakan begnya di tepi pintu.
"Dah ni je bilik yang aku ada?" Amanda melabuhkan punggungnya di birai katil.
"Sorrylah kalau aku susahkan kau! Aku janji, aku bayar bilik ni tiap bulan!" Kasih mengangkat tangan kananya ibarat orang mengangkat ikrar.
Amanda hanya tertawa melihat karenah kawan baiknya. "Oklah! Kau rehat lah dulu, aku nak tengok akak aku!" Amanda meninggalkan Kasih bersendirian di dalam bilik.
"Akak!" tegur Amanda dari belakang.
"Hmm" Alyssa meneguk jus oren itu dengan dahaga.
"Amboi haus betul!" usik Amanda.
"Kawan Lia macam mane?" Alyssa meletakan gelas di atas meja.
"She fine! I told her to rest well." Amanda membelek majalah di atas meja.
"Alhamdulliah! Akak ni bukan apa? Dia tu macam ada masalah je? Lia tak tanya ke kat dia?" Alyssa menayakan soalan tidak berhenti-henti.
"Am i gonna answer all that question?" matanya masih membaca majalah itu.
"Yup!" ujar Alyssa.
"Ntah lah kak! Nanti Lia tanya dia?" Amanda menutup majalah itu dan memandang akaknya.
"Okay! Akak balik dulu lah" Alyssa mengambil kunci keretanya.
Amanda mengekori akaknya sampai di daun pintu. "Nanti call kakak ye" Alyssa menghulurkan tangannya ke Amanda.
"Insyaallah" Amanda menyalam kakaknya.
Kereta Myvi kakaknya tidak kelihatan lagi di perkarangan rumahnya.
YOU ARE READING
Love You Encik Tengku
RomanceKasih seorang gadis berasal dari kampung, dia berhijrah ke kuala Lumpur untuk melanjutkan pelajarannya, tetapi satu kejadian yang dia tidak boleh terima dimana dia hendaklah khawin dengan Tengku Ashraf Daniel kerana satu kejadian yang menimpa diriny...