Bab 2💗

843 20 0
                                    

Puan Imah segera ke dapur lalu berjalan menuju ke anaknya. "Kenapa ni?"

"Mama, Kasih tak masak! Iman lapar la maaa" Imani mula memegang perutnya yang diminta diisi. Muka Puan Imah  berubah menjadi bengis lalu masuk ke kamar Kasih. "Kasih, kau ni tak pernah serik kan?" Puan Imah mencekak pinggang. "Maaf, tadi Kasih tertidur" Kasih mula berjalan ke dapur.

Imani hanya tersenyum lebar kerana Kasih sering dimarahi ibunya. "Padan muka kau!" bisik Imani dengan pelahan.  Kasih menyediakan lauk di atas meja, lalu menyedokkan nasi ke pinggan Imani dan Ibu tirinya.

Setelah mereka semua menjamu selera Kasih mendekati ibu tirinya. "Umm, mama!" Kasih memanggil puan Imah dengan pelahan. Puan Imah berpaling ke muka Kasih.

"Nak apa?" Mata Puan Imah tidak berganjak ke muka Kasih. Tanpa membuang masa Kasih memberi sepucuk surat kepada Puan Imah.

Puan Imah mengambil daripada Kasih dan mula membaca Isi surat itu. Muka Puan Imah mula berubah, dia memandang Kasih. "Kau nak pergi ke?"

"Ye,kalau mama izinkan" Jawab Kasih dengan tersenyum. "Aku tak izinkan" Puan Imah meletakkan surat itu di atas meja.

"Kenapa?" riak wajahnya bertukar. "Aku cakap tak boleh, tak boleh lah! Dah pergi ambik baju kotor dalam bilik aku!" Mata Puan Imah tertumpu pada surat itu.

Kasih mengangguk lalu mengambil baju kotor dalam bilik Ibu tirinya. Imani memandang Kasih dari luar, dia tersenyum sinis.

Malam itu, Puan Imah membuka kotak emas miliknya. Riak wajahnya mula berubah apabila rantai emas miliknya hilang. Imani masuk ke dalam bilik Ibunya. "Nape ma?" Imani mula memandang ibunya dengan hairan.

"Rantai Emas mama hilang?" Puan Imah mula menyelongkar laci meja soleknya. "Ntah-ntah Kasih yang ambik!"  Imani menuduh  Kasih di depan Puan Imah. Puan Imah memandang wajah anaknya. Dia dan anaknya masuk ke kamar Kasih. "Kenapa ni Mama?" Kasih mula hairan dengan sikap ibu dan adik tirinya.

Puan Imah mengendahkan pertanyaan kasih, dia menyelongkar almari kasih. Puan Imah bertambah marah apabila rantai emasnya berada di dalam bilik kasih. Dia mengesyaki bahawa kasih mencuri rantainya.

"Berani kau kan! Perangai kau tak ubah macam mak kau! Dah pandai jadi pencuri sekarang?" Puan Imah mula menengking Kasih. "Sumpah, saya tak ada niat pun nak curi rantai tu" Kasih mula mempertahankan dirinya daripada fitnah.

"Ahh, sudahlah! Mama apa kata mama halau je perempuan ni?" Imani menghasut ibunya yang tengah marah. Puan Imah segera membuka zip beg galas kasih, dia menyumbatkan baju kasih ke dalam beg itu.

Puan Imah membuka pintu lalu menolak kasih dengan beg galasnya di luar rumah. "Mulai hari ni aku taknak tengok muka kau! Berambus!" Puan Imah mencampak semua barang -barang Kasih kepadanya.

Puan Imah menutup pintu dengan kuat. Kasih mengutip semua barang - barangnya yang berterabur di tanah dengan keadaan yang gelap gelita. Air mata yang jernih mula membasahi pipinya. Dia menjadi tidak tentu arah kerana dimana lagi dia hendak berteduh kerana dia tiada sesiapa di dunia  melainkan Ibu tirinya. Kasih menaiki teksi untuk ke stesen bas Alor setar.

Kasih mula teringat akan kawan baiknya Amanda yang berhijrah ke kuala lumpur sebulan yang lalu. Dengan pantas jari-jemari Kasih mendail nombor telefon kawannya.

"Hello, sape ni?" suara Amanda berada di talian.

"Hello! Aku ni Kasih" Kasih mencuba menahan suaranya  yang sebak.

"Kasih? Ouh! Kau apa khabar sekarang?"

"Aku? Aku baik-baik je"

"Kau nangis ke ke Kasih?"

"Mana ade?"

"Kau jangan nak tipu aku? Kau kat mana sekarang?"

"Aku kat stesen bas Alor setar!"  matanya memandang sekeliling stesen bas itu.

"Okay, kau tunggu aku call kakak aku suruh ambik kau."

"Thank you Amanda"

*Tutt..tutt..* talian di tamatkan.

Love You Encik TengkuWhere stories live. Discover now