Cerita fanfic Rapunzel tidak sama dengan sebelum ini, kerana fanfic sebelum ini hanya "short fanfic" teruskan membaca.. Jangan lupa vote...
- Kokobee
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
6 bulan kemudian..
Enam bulan berlalu dengan begitu pantas kini rumah mereka meriah kerana semua dapat berkumpul seperti selalu.
Suga oppa dengan Namjoon oppa telah membuka kafe di sekitar area Hongdae, kafe mereka menghidangkan makanan barat dan diselitkan juga resepi turun temurun halmeoni mereka.
Semakin hari semakin panjang rambut Jungha, ramai menyedari akan perubahan rambutnya tetapi yang paling menyibuk sekali adalah Jimin dan Taehyung.
Dalam masa 6 bulan juga, Jin membuktikan dia adalah persaingan kingka baru antara Jungkook dengan V. Jin dapat mencaras rank pertama dalam akademik, ramai perempuan mula cuba-cuba Jin tetapi malang sekali Jin seorang playboy dan ramai juga jadi mangsa buaya dia.
Jimin : Oiii mengelamun ke?
Jungha : Takpun, hmmm. Halmeoniiii~
Halmeoni : Eoh?! ada apa sayang?
Jungha : Halmeoni perasan tak rambut Jungha makin panjang?
Jimin : Oppa pun perasan.
Jungha : Diamlah (jeling)
Halmeoni : Perasan kenapa?
Jungha : Jungha confiuslah Jungha dengan perasaan sendiri. (menunduk mukanya)
Halmeoni : Cuba Jungha cerita dengan Halmeoni.
Jungha : Eoh?! (pandang Jimin rasa awkward)
Halmeoni : Jiminie boleh tinggalkan kami berdua? (pandang Jimin dan faham perasaan Jungha)
Jimin : Tapiiii... okaylahh (keluar pintu bilik dan merajuk)
Halmeoni : Tak apa nanti halmeoni pujuk Jimin, ceritalah.
Jungha : Macamni halmeoni, Jungha suka someone dekat sekolah. Bukan some ONE la, tapi dua.
Halmeoni : Omomo (terkejut dan membulatkan mata) dah besar cucu halmeoni.
Jungha : Halmeoni ni (blushing) tapi Jungha confius yang mana satu ikhlas dan yang mana satu main-main.
Halmeoni : Tak apa Jungha terus berusaha, jangan mengalah dan ambil masa yang terluang Jungha mendalami perasaan Jungha.
Jungha : Tapi halmeoni~ (menunduk muka)
Halmeoni : Dah jangan tapi-tapi, halmeoni nak keluar pergi Kafe. Nak ikut?
Jungha hanya menggelengkan kepala dan kepalanya terlalu berat memikirkan siapalah yang malang berjaya menawan hati Jungha yang sukar nak diramal.
zek zek zek ~
Jungha bangun dari katil untuk melihat telefonnya dari tadi bising dan dia terus menjawab panggilan tetapi menggunakan private number jadi dia tidak tahu siapa yang menelefon.
Jungha : Yeoboseyo~
??? : Jumpa dekat rooftop sekolah pukul 230 petang. (cakap macam robot)
Jungha : Eoh? Siapa ni? Ishhh banyak sangat no tak kenal menganggu...
Jungha membebel dan mula menarik jauh-jauh telefonnya dari telinga tetapi...
??? : Byun Jungha kalau kau tak datang dalam masa tersebut aku akan menghantui hidup kau selamanya.
Jungha terkejut dan meletakkkan telefon itu semula ditelinga.
Jungha : Macam mana dia tahu nama aku (cakap dalam hati) Eoh? Kau ni siapa?
??? : Pastikan kau datang sorang bukan dengan abang-abang kau, kawan-kawan kau. Kalau kau degil kau tahu apa nasib kau.
tut tut tut~
Panggilan terputus lalu Jungha terus diselubungi dengan perasaan takut. Patutkah dia pergi atau ditimpa malang terus? Jungha mundar mandir dalam bilik sambil memikirkan dia meramas rambutnya.
Jungha [MONOLOG]
"Apa aku patut buat? (gigit kuku) nak pergi ke? tapi kalau dia bukan-bukan dengan aku macam mana? Nak ajak Jimin ke? tapi aku risaulah.."
"Jimin jimin, kena bagitau Jimin (jalan ke bilik Jimin)"
tuk tuk tuk
"Cepatlah brotharr bukan pintu... huaaaaa cepatlahh"
END MONOLOG
Jimin mengeluarkan sedikit kepalanya di pintu.
Jimin : Eoh nak apa?
Jungha : Min, aku nak keluar.
Jimin : Lah itu je? Bukan kau tak biasa ke keluar tanpa bagitau orang..
Jungha : Eoh?! (menggaru kepalanya yang tidak gatal) kalau aku balik lambat terus cari aku dekat rooftop tau.
Jungha melihat jam lagi 10 minit nak dekat pukul 230 petang, dia masih gelisah dan meninggalkan Jimin yang masih berdiri di depan pintu biliknya.
Jimin : Yahhhhhh jangan balik lambat apa-apahal call aku.
Hongdae High School
Jungha sampai sahaja di pintu utama sekolah, lalu dia mencuri melihat jam lagi 5 minit hendak pukul 230pm. Dia melihat sekitar kawasan sekolah, terdapat 3 biji kereta cikgu dan sekolah kelihatan sunyi kerana cuti. Jungha terus berlari ke tangga dan terus ke bumbung sekolah.
Haaa haaa haaa~
Jungha memegang dada, dia tercungap-cungap akibat berlari ketika menaiki anak-anak tangga dan dia mula melihat keadaan sekeliling.
Jungha : Hello ada orang tak?
Jungha memberanikan dirinya untuk bersuara, dia berjalan ke depan sedikit untuk mencari orang.
??? : Byun Jungha.
bersambung....
Mian lambat, lately ni line teruk sangat. Pastu citer entah pape, jangan lupa vote ⭐⭐⭐

ANDA SEDANG MEMBACA
RAPUNZEL
Mistério / SuspensePernah dengar kisah dongeng Rapunzel? Kalau sebut sahaja Rapunzel, korang akan terbayang seorang puteri yang mempunyai rambut panjang dan menetap di menara tinggi.. Tetapi berlainan pula dengan Rapuzel version Korea, seorang budak perempuan bernama...