BAB 1:"study group"

935 5 1
                                    

Suasana diluar yang agak redup membuatkan mata Zikrul emakin kuyu, pen yang dipegang terlepas dari genggaman. Nabil yang sedari tadi tekun mengadap notebooknya tersenyum simpul melihat gelagat Zikrul yang terlentuk ke kanan dan ke kiri, "Zikrul ² kau ni macam budak x de tulang..."kata Nabil dalam hati. Tumpuan Hafiz dan Irfan masih lagi pada Mobile legend, tidak berganjak walau seinci pun kedudukannya..cukup statik, Hafiz meniarap di atas katil, manakala Irfan menangkur kepala dibibir katil Hafiz.

Jam yang tergantung di dinding bilik mereka berempat menunjukkan tepat jam 12 tengah malam. Keadaan disekeliling asrama MRSM ini cukup sunyi kerana pelajarnya yang masih lagi bercuti bagi menghabiskan cuti penggal pertama mereka yang berbaki dua hari sahaja lagi. Nabil dan rakan-rakannya sudah berpakat untuk membuat 'study group' sebagai persediaan menghadapi peperiksaan selepas cuti penggal pertama tamat.

Karenah 4 SahabatWhere stories live. Discover now