Ishh...mengantuk la pulak...adoii aii!!"jerit Zikrul mengejutkan ketiga-tiga rakannya. Pantas sahaja Hafiz mencapai bantal peluk kesayangannya lalu dibaling ke arah Zikrul sambil membuat gaya ala atlet lontar peluru, "kau ni buat orang terkejut je la! Hilang konsentrasi aku main Mobile Legend...hergg!" marah Hafiz yang sememangnya seorang penakut. Ketakutannya diwajahnya yang kelihatan pucat itu. "Kau ni kalau mengantuk, pergi lah main game ke...haa 'confirm' mata kau segar lagi bugar haha.." Nabil memberi cadangan kurang cerdik. "Betul jugak!" Zikrul terus bangun lalu mengambil iphone nye itu lalu main.
Pecah tawa ketiga-tiga rakannya melihat gelagat Zikrul, "kau ni lurus bedul ke lurus bendul ek" soal Irfan, tawanya masih berbaki. "Eh, betul apa...lepas buat macam ni mata aku segar balik tau" kata Zikrul. Nabil hanya menggelengkan kepalanya melihat telatah sahabat-sahabatnya. Matanya juga mula mengantuk, selimut dikaki ditarik separas dadanya... "sejuk pulak malam ni" kata hati Nabil. Mulutnya berkumat-kamit membaca Surah 3 Qul dan Ayat Kursi, memang sudah menjadi kebiasaan baginya membaca ayat suci ini sebelum tidur.Ini juga pesan mak dia kepada anak kesayangan mak itu.Biasa lah....Nabil kan anak tunggal.
YOU ARE READING
Karenah 4 Sahabat
RandomSuasana diluar yang agak redup membuatkan mata Zikrul semakin kuyu, pen yang dipegang terlepas dari genggaman.