Uishh...sejuknya malam ni" kata Zikrul sambil mengusap lembut lengannya. "Ni kalau tidur, mesti lena punya lah.." Hafiz menyampuk, sekadar menenangkan hati yang sedang gusar. Sekali-sekala matanya dijelingkan ke arah tandas blok G yang berada berhampiran dengan blok mereka. Walau kawasan tandas blok G itu gelap, namun perkataan 'no entry' pada papan kayu dipintu tandas itu jelas kelihatan...mungkin kerana terangnya cahaya rembulan pada malam ini. Hampir setengah jam mereka menunggu Irfan. "Kenapa lama sangat si Irfan ni...mengeram telur ayam ke apa?" Zikrul sudah mula berasa tidak senang hati, kakinya terasa kebas kerana berdiri terlalu lama bertemankan angin yang sejuk. "Entah-entah Irfan pengsan sebab terlebih hidu bau gas beracun sendiri kot, haha..." Hafiz cuba melawak. Nabil hanya tersengih mendengar lawak antarabangsa dari Hafiz itu.
"Arrgghhhh!!" pekikan Irfan membuatkan Hafiz dan yang lain terkejut bukan kepalang. Irfan segera berlari keluar, rakannya pula terpinga-pinga melihat wajah Irfan yang kalut. "Kepala!...aku nampak kepala!!" jerit Irfan. "Arggghhhh!!!". Lintang-pukang keempat-empat sahabat ini lari meninggalkan kawasan tersebut. Kedudukan paling hadapan semestinya Hafiz si penakut, kelebihannya sebagai atlet pelari pecut digunakan sebaik mungkin. Di ikuti oleh Zikrul, pemain bola sepak sekolah terbaik...habis semua pasu-pasu dan papan kenyataan dilanggarnya. Walaupun jika dipandang fizikal luarannya yang kurus, tinggi lampai dan lemah lembut, namun jiwanya yang kental menggagahkan diri. Nabil dan Irfan mengikuti dibelakang. Kelebihan Nabil sebagai atlet ragbi sekolah tidak dapat digunakan.
YOU ARE READING
Karenah 4 Sahabat
AcakSuasana diluar yang agak redup membuatkan mata Zikrul semakin kuyu, pen yang dipegang terlepas dari genggaman.