Zikrul memakai pomade dirambut ne yang ala-ala neymar, memang itulah tabiat hariannya memakai pomade setiap malam. Oleh itu dia mendapat panggilan "neymar asrama" ' kerana pandai bermain bola, "boleh percaya ke?". "Ehh...kita wajib percaya bahawa benda-benda halus ni memang wujud, cuma pandangan kita ni terhijab daripada melihat mereka. Cuba kau bayangkan kalau pandangan kita tak terhijab, boleh kering darah si Hafiz ni hari-hari" Nabil mula 3000. "Apasal aku pulak yang jadi perumpamaan kau?" Hafiz tidak berpuas hati, tersingkap kain selimut yang membaluti tubuhnya. "Ye la, kau kan penakut...kang toleh belakang nampak benda tu, jenguk bawah katil pun nampak benda tu...tak ke kering darah kau dibuatnya" selamba Zikrul memberi penerangan sambil menyimpan pomade yang digunakan tadi. Hafiz tersiput-siput malu, ternyata rakan-rakan sangat memahami akan kelemahan dirinya, hehe...kantoi pulak.
"Tapi pelik jugak, apasal kau sorang je yang tau cerita ni Irfan?" soal Nabil pelik. "Hok'alorh...aku ni antara saksi yang melihat kejadian tu" sambil berpeluk tubuh, Irfan mengangkat kening kanannya,...jejaka idaman malaya la katanye. Serentak dengan itu, ketiga-tiga sahabatnya mengangkat tangan, "haa...ce cite..ce cite". Irfan menganggukkan kepalanya, "Ceritanya macam ni, kejadian tu berlaku seminggu sebelum cuti semester..masa tu aku tengah tolong Cikgu Rosmaini susun alatan sukan dekat dalam stor...tiba-tiba ada suara orang menjerit dari tandas yang berdekatan dengan stor sukan tu". Zikrul mula menutup semua buku rujukannya, dia mahu fokus pada cerita Irfan. Hafiz pula masih lagi mahu mendengar cerita seram itu walau jika dilihat pada matanya dia sedang ketakutan yang teramat. Nabil sudah menongkat kepala, terbantut sudah niatnya untuk tidur.
YOU ARE READING
Karenah 4 Sahabat
RandomSuasana diluar yang agak redup membuatkan mata Zikrul semakin kuyu, pen yang dipegang terlepas dari genggaman.