Perhentian Bas@26 Julai 2016
Dalam kesejukkan hujan renyai bersama angin dari desa. Suasana di dalam bas amat selesa. Aku duduk di tepi tingkap sambil melihat kereta bersusun rapat yang ingin pulang ke rumah. Sebelum sampai ke destinasi, aku tidur seketika untuk merehatkan mata yang agak berat kerana kepenatan.
Tidak jauh dari 500 kilometer ke rumah aku, ada seorang perempuan dalam lingkungan 60 an ini meminta pemandu bas supaya menurunkan dia ke simpang jalan yang bertentangan haluan utama laluan bas berkenaan. "Boleh turunkan saya ke sana" rayu perempuan itu.
Rambutnya serba putih kerana usianya yang sudah lanjut, namun gagah juga berjalan walaupun tanpa tongkat di tangannya. Pemandu bas itu pun berkata "Ok". Saya suka naik bas ini sebab sifat pemandunya yang amat peramah. "Bah, di sini saja, apa nama tempat ni?" Ujar wanita itu. "Labuan juga..." semua penumpang gelak ketawa jawapan yang diberikan oleh pemandu bas.
YOU ARE READING
PERHENTIAN BAS
Short StoryKisah seorang penumpang bas yang ingin bercerita setiap kisah dairi sehariannya. Tapi tidak semua kisahnya berkaitan tentang perhentian bas. Ada juga cerita kisah tentang kehidupan peribadinya untuk diketengahkan ke dalam ruangan ini.