KERANA MAKANAN

38 1 0
                                    

Perhentian Bas@16 Julai 2016

Dalam suasana yang tiada tenaga dengan cuaca yang redup, seluruh Pulau Labuan tidak berkaran. Aku dan kawan-kawan disuruh balik pukul 4:00 petang. Keadaan jalan raya tak banyak kereta yang lalu lalang. Tiba di bandar aku terus naik bas no. 3. Ramai jugalah yang balik kerana mahu berehat di rumah setelah lama berjalan sambil membeli barang keperluan.

Pukul 4:20 petang, bas mula bergerak menuju ke destinasi. Semua penumpang di dalam bas senyap saja. Tidak sampai 10 minit perjalanan, ada seorang budak dalam umur 8 atau 9 tahun bersama Ibunya sedang makan-makanan ringan. Ibunya mahu makan yang dimakan oleh anaknya, lalu anaknya pun memberi sedikit dan mematahkan coklat yang dibeli oleh Ibunya.

Aku melihat anak itu makan dengan penuh lazat. Terkeluar jugalah air liur ni sikit-sikit....hehehe. Dalam asyik lalai menikmati makanan ringan itu, Ibunya meminta lagi. Anaknya bagi juga. Selesai makan coklat, anaknya makan keropok lagi. Sama juga mereka berkongsi makanan yang sama. Wajahku tersenyum comel melihat kebahagiaan itu. "Kenapa sikit ni?" Anaknya mula memberontak. Si Ibu hanya diam saja, mungkin malu kerana ramai penumpang di dalam bas. Anak itu berkata lagi dengan ibunya "Kenapa ko ambil banyak-banyak? Ini makanan aku, jangan ambil lagi...biasa".

 PERHENTIAN BASWhere stories live. Discover now