Bas Dan Politik

22 0 0
                                    

Perhentian Bas@17 April 2018

Petang yang senja memanggil aku untuk pulang dari tempat kerja. Sambil aku menunggu bas, aku merokok dibawah sebatang pohon di tepi jalan bersama seorang kawan. Melihat banyak bendera parti yang berkibar di setiap jalan membuat aku berfikir tentang kemajuan masa depan wilayahku.

"Cuba kau fikir nasib kita yang bekerja tanpa kenderaan sendiri kalau kita mahu berkerja tanpa guna kenderaan awam apa nasib kita? Kalau naik grab memang tak berbaloi. Harganya macam kita berkerja lebih masa satu jam ke dua jam saja?" luahan rasaku. Lalu kawan aku membalas "Itu semua dari suara rakyat, undi adalah rahsia. Rakyat ada hak memilih barisan pemimpin 5 tahun akan datang. Tetapi, kalau pilihan banyak yang memihak pada parti tetap, kita akur saja la". Aku terus menempis "Mana boleh kita akur, kita sebagai rakyat boleh bersuara bah. Apa guna ada demokrasi bersuara?". "Dari kau saja bah tu" dengan selambanya.

Begitu juga dengan pemandu bas. Kita tidak boleh berpihak pada mana-mana pihak. Jangan melihat pemandu bas dengan sikap yang tidak baik. Bukan mereka tidak mahu menurunkan penumpang yang dekat dengan destinasi. Tetapi, mereka dahulukan penumpang yang tinggal jauh dari bandar. Kesian yang tinggal jauh tidak dapat naik bas yang terakhir dengan waktu berakhirnya operasi sekitar pada pukul 6:00 petang ataupun pukul 6:30 petang.

Jarum jam menunjukkan pukul 5:20 petang. Hari mulai gelap dengan kelibat bas yang dari jauh datang untuk mengambil penumpang di sekitar pusat industri. Lalu kami berdua pun naik bas dengan senyuman dan senang hati.

 PERHENTIAN BASWhere stories live. Discover now