Perhentian Bas@18 Januari 2018
Ketika aku sampai di keriuhan suasana di perhentian bas, ramai sudah orang yang masih menunggu bas. Tiba-tiba ada seorang makcik menegur aku. Makcik itu menyoalku "Lai...kamu ka yang berbaris?. "Awu" balasku. "Atu tah ku nampak ada ramai orang sama pakai baju macam kamu. Banyak bini-bini" kata makcik tu. "Awu. Tempat kami pun memang ada wakil juga ke sana tu makcik" kataku.
Biasa la hari ini 18hb Januari 2018 Perdana Menteri datang ke Labuan untuk hadir bersama ribuan juta penduduk Labuan untuk menyaksikan penyerahan Konsultan Jambatan Labuan -Sabah yang dirasmikan oleh YAB. Dato Najib bin Tun Abdul Razak. Selain melihat dan berswafoto bersama pemimipin no.1 negara, warga Labuan juga berpeluang menyaksikan artis jemputan seperti kumpulan Zero dan artis-artis lain beraksi di atas pentas.
Bas no.3 pun tiba tapi malangnya saya tak mampu naik kerana ramai yang berebut untuk pulang. "Nampaknya kena la tunggu bas yang lain pula" bisik hatiku. Tempat duduk pun tak banyak buat kakiku jadi lemah kerana berdiri terlalu lama. Terpaksa goyangkan kedua jari kakiku untuk elakkan aku pitam. Jarang situasi begini terjadi walaupun masa hari cuti.
Begitulah hidup aku sebagai penumpang bas. "Kalau ada kereta betapa senangnya aku terus pulang ke rumah tanpa menungyu bas dengan lama begini" jawabku. Semakin lama masa menunggu, semakin ramai pula orang yang menunggu bas. "Adui...takkan la aku nak naik Grab kali ni" keluh ku. Apa-apa pun dalam situasi begini, tahap kesabaran harus tinggi. Kurangkan melatah, kerana sifat itu buat jiwa jadi kacau.
YOU ARE READING
PERHENTIAN BAS
Krótkie OpowiadaniaKisah seorang penumpang bas yang ingin bercerita setiap kisah dairi sehariannya. Tapi tidak semua kisahnya berkaitan tentang perhentian bas. Ada juga cerita kisah tentang kehidupan peribadinya untuk diketengahkan ke dalam ruangan ini.