PAKCIK SI BUJANG LAPOK

12 1 0
                                    

Perhentian Bas@20 November 2016

Hari minggu ramai betul orang turun ke bandar. Aku asyik memandang saja gelagat di sekitar masyarakat yang pelbagai ragam. "Baik aku balik rumah, penat sudah aku berjalan dari utara hingga selatan bandar." Aku melihat cuma ada lima buah bas mini saja yang ada di perhentian bas no.3. Sampai saja aku terus duduk merehatkan kakiku yang semakin kebas.

"Fuuhh..." aku mengeluh dengan rasa lega. Tiba-tiba ada dua orang gadis remaja perhatikan aku dengan jarak dekat dan sepertinya mahu menghampiriku untuk bertanyakan sesuatu. "Pakcik...pakcik.." kata gadis remaja itu. Sekali lagi aku buat tidak tahu mungkin ada orang lain yang mereka tegur. "Pakcik....pakcik..." gadis remaja itu berkata lagi. Aku terus memandang ke arah mereka. "Pakcik pukul berapa sekarang?" Suara gadis remaja tadi betul-betul berdiri di hadapan aku. "Pukul 1: 37 petang" kata aku.

Aku rasa mereka ini buta kali melihat wajah aku yang masih muda. Terasa diri aku ini sudah berusia seperti waktu senja. Hati aku berkata "Apalah nasib si bujang lapok ini".

 PERHENTIAN BASWhere stories live. Discover now