JGA 1: Majlis Hari Lahir

166 2 0
                                    


Suasana meriah kelihatan menyelubungi perkarangan rumah Cici. Jiran tetangga dan sahabat-handai datang bertandang membawa bungkusan pelbagai saiz dan warna. Ada yang berbual berhampiran tangga, ada pula yang melihat-lihat tanaman bunga tuan rumah. Tidak kurang juga kanak-kanak yang menuding jari ke arah kereta jenama Korea model terbaru yang dimiliki oleh keluarga Cici.

"Aril, ummi tengok dah ramai orang tu. Kamu ni bersiapnya bila? parents Cici jemput kita kan?", kata Datin Hajah Kalsum sambil melihat-lihat pemandangan rumah Cici dari tingkat dua kediaman banglonya yang tidak jauh dari situ. Syahril Anwar bin Datuk Haji Kamal, anak lelaki tunggal Datin Hajah Kalsum, masih leka bermain Mobile Legend sambil berbaring malas di atas sofa berwarna coklat. 

"Alah, mi. Relaks lah. Kan ada sejam lagi. Aril rasa macam tak mahu pergi pulak" balas Aril. Matanya masih melekat pada skrin telefon di hadapannya. Datin Hajah Kalsum hanya menggelengkan kepala melihat anak terunanya itu. 

"Hmm.. ummi bersiap dulu lah" kata Datin Hajah Kalsum. 

"OK. Ummi, kalau dah siap pergi aje dulu. Tak perlu tunggu Aril. Nanti Aril datang. Satu round aje lagi ni. Please?", Aril memujuk ibunya dengan menunjukkan raut muka manja. Datin Hajah Kalsum tergelak kecil. 

"Alright. Habis main tu datang cepat. Baju Aril ummi dah letak kat dalam almari. Ambil aje. Dah siap kena iron tu. Match it with that tie abah bought yesterday

Aril mengangguk.  Datin Hajah Kalsum berlalu pergi. Dia berhenti bermain telefon, bingkas bangun dan menuju ke arah biliknya. 

"Aik? bibik tak bersihkan bilik aku ni ke?apa lah bibik ni. Dibiarnya kotor macam ni. Takkan laa si meow Comot pulak yang kotorkan bilik aku? bila si Comot naik?" kata Aril setelah melihat kesan tanah merah dilantai jubin marmar biliknya. Dia mendengus. Beberapa minit kemudian, Aril membersihkan bilik itu menggunakan mop yang diambil dari tingkat bawah. 

"Nasib laa. Nasib...nasib. Nak marah buat spoil mood aje pulak. Hari ni kan hari lahir my beloved. Tambah pulak... ", dia tidak menghabiskan ayatnya. Senyuman manis terukir dibibir Aril. Dia bergegas ke bilik mandi, kemudian bersiap-siap mengenakan sepasang sut kelabu gelap dipadankan dengan kemeja warna hijau mint lembut, dan tie hijau zamrud gelap. Disikatnya rambutnya sedikit terpacak. Aril berdiri di hadapan cermin, membuat pelbagai pose. Dia tersenyum bangga. Penampilannya yang segar itu pasti membuatkan Cici jadi cair nanti.

"OK. Syahril Anwar anak abah dan ummi, kau memang hensem. Now, get ready man" katanya kepada diri sendiri sebelum mencapai sesuatu dari atas para berdekatan almarinya. Aril menyeluk poketnya. Dia menoleh ke arah tilamnya. 

"YA ALLAH.."

Aril berundur ke arah almarinya. Dilihatnya katil seperti ada seseorang sedang berselubung dengan selimut coklat gelapnya. Dia menggosok kedua belah matanya. Katil itu kosong. Kemas seperti sebelum dia meninggalkan bilik. Aril menelan air liurnya. Cepat-cepat dia keluar. Diambilnya kunci kereta BMW miliknya, lalu mengeluarkan hadiah sejambak bunga ros putih kegemarannya bersama-sama sekotak hadiah rantai loket yang ditempa khas untuk Cici. Aril berjalan kaki menuju ke arah kediaman Cici, berlagak biasa. Para tetamu bersalaman dengannya. Dilihatnya Datin Hajah Kalsum sedang berbual mesra dengan mummy Cici, manakala abahnya sedang menepuk bahu daddy Cici yang sedang memegang mikrofon. 

"Assalammualaikum dan selamat petang. Ladies and gentleman, terima kasih kerana sudi bertandang ke majlis hari lahir satu-satunya anak perempuan kami, Cici Maysarah. Saya sangat menghargai kehadiran tuan-tuan dan puan-puan. Oh... birthday girl dah siap" kata daddy Cici sambil menunjuk ke arah pintu rumahnya. 

JANGAN GANGGU AKUWhere stories live. Discover now